Walk For BN kini telah mendapat tempat di hati Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.
Pada dasarnya, beliau bersetuju untuk menyambut ketibaan pejalan kaki, Mohd Noor Mat yang dijangka akan berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur atau Putrajaya.
Dalam satu pertemuan rombongan urusetia penganjur dengan Perdana Menteri sewaktu majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Seri Perdana, satu kertas konsep dan cadangan telah dikemukakan kepada Dato’ Seri Mohd Najib sendiri.
Setelah meneliti, Dato’ Seri Mohd Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) telah meminta urusan seterusnya dibuat dengan pihak Pejabat Perdana Menteri bagi penetapan tarikh dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk membantu menjayakan Walk For BN bagi menjayakan hasrat seorang penyokong BN dari Besut untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer berikutan kemenangan BN dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Besut.
Usaha itu juga akan dimasukkan ke dalam Malaysian Book Of Record. Sumber Urusetia Penganjur memberitahu, segala urusan pengendalian bagi mejayakan merealisasikan Walk For BN itu sedang berjalan, termasuklah menentukan laluan, penginapan, keselamatan, kesihatan dan acara-acara sampingan. – TEGANUKITA
No comments:
Post a Comment