30 August 2013

Macai pas yang bangang

macai pas memang bangang, orang sibuk menghayati erti kemerdekaan negara dia sibuk taksub dengan pas. Bodoh punya budak. Pas pun sama la..jangan dok kutuk kerajaan. jom pakat bedal budak ni.

Buku bertemu ruas, baru tahu langi tinggi ke rendah

Buku bertemu dengan ruas, baru tahu langit tinggi ke rendah...

BACHOK - Cubaan seorang penyamun melarikan diri selepas menyamun seorang kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Jelawat semalam gagal apabila dikepung sekumpulan penduduk di Kampung Bator.

Terdahulu, suspek bersama dua rakannya menyamun kakitangan AIM yang bermotosikal dalam perjalanan pulang dari kelas berdekatan.

Selepas melarikan wang mangsa, suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Saga kelabu memecut laju ke arah Gunung sebelum terbabas di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jelawat.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia berada di depan sekolah dan sempat melihat kereta suspek.

“Mereka pandu kereta dengan laju dan saya tengok ada plastik sampah yang tersangkut di bawah kereta.

“Mungkin kerana licin tersangkut plastik sampah, mereka tak dapat kawal kereta sebelum masuk laluan bertentangan dan terbabas ke kiri jalan dan meluncur ke dalam semak,” katanya.

Katanya, semua suspek keluar dari kereta yang terbalik dan lari merentasi kawasan semak separas pinggang kira-kira satu kilometer sebelum tiba di kawasan perkampungan penduduk.

Seorang pemuda yang turut mengepung suspek, Mohd Alif Kamarudin, 19, berkata, ketika itu dia berada di luar rumahnya sebelum seorang lelaki datang meminta air daripada bapanya.

“Ada seorang lelaki kelihatan mencurigakan tiba-tiba datang minta air. Ayah tak bagi dan dia ke rumah sebelah untuk dapatkan air.

“Seketika kemudian, beberapa penduduk lain yang mendapat maklumat mengenai suspek yang lari ke kampung kami, bergegas kejar suspek.

"Polis juga tiba dan kami sama-sama kepung suspek yang lari ke semak berdekatan. Alhamdulillah, dengan kerjasama semua, kami dapat tangkap seorang daripada suspek,” katanya.

KERAJAAN PENANG TAKUT, HALANG TAYANGAN FILEM TANDA PUTERA

Wah..gege habis doh kerajaan Penang tok bagi tayang filem tanda Putera

KERAJAAN PENANG HALANG TAYANGAN FILEM TANDA PUTERA


Kerajaan negeri Penang pimpinan taukey Roket hari mula menggeluarkan surat arahan supaya Filem Tanda Putera tidak ditayangkan di mana-mana pawagam di Pulau Mutiara disini, seperti biasa surat pekeliling dikeluarkan oleh majlis bandaran yang kita cukup tahu dilembukan oleh boss besar Roket yang selama ini telah diberikan dan diiktirafkan gelaran tertinggi sebagai Khalifah oleh rakan mereka yang cukup popular dikenali Parti Ajaran Sesat yang menunjukan betapa setia dan taatnya mereka dilembukan roket selama ini. Apa jua hukum atau songsangnya rujuk sahaja ke mereka utk diluluskan..Klik

Nampak gayanya surat yang diedarkan seolah ada kaitan rakyat tidak disenangi atau pun seolah Rassis yang boleh menjadikan penang akan sama seperti mesir? Apa pun ianya seperti akan menjadi punca hilangnya keamanan, surat macam biasa akan dipaksa lembu atau bandaran untuk buat keja yang ketara bulat-bulat dilembukan, lagi pun Roket kan taukey Besar sebenarnya dalam Pakartun


Alasan yang diberikan takut berupa rassis sudah dijangka bila mana kebiasaanya bila memang sehingga kini tanggapan mereka rakyat cukup mudah dibodohkan semacam lembu. Mereka juga anggap rakyat boleh dinilaikan seolah sekupang boleh beli sepuluh. Jadi buat lah apa saja kenyataan dah tentu rakyat akan sentiasa angguk, sekali pun soal agama, jagan harap berani buka mulut...

Kalau nak anggap ressis tayangan tanda putera nie, habis tu macamana yang lain? Yang selama hari nie yang dah berpuluh ribu cerita cina yang ditayangkan seperti bruce lee, chow yan fatt, summer hong, Jakie Chan dan banyak lagi yang bukan sahaja heronya Orang Cina sebaliknya siap aksi ganas dan gadoh dalam cerita tu tak pulak nak kira Rassis macamna cerita india pulak, bukan itu lebih rassis, orang melayu tak ramai yg faham dengan cerita cina atau india pun, bukan setakat itu sahaja siap bahasa pun tak pakai bahasa kebangsaan pun, cerita cina bahas cina dan kalau cerita india pulak guna bahasa india, sapa yg lebih rassis nie? Kenapa tak sekat filem cina atau india? Tak nak ker pulak bangun protes? Kalau nak harap orang Melayu yang beragama islam dari puak Pakartun Roket... Sori beb dia orang mana berani angkat muka apatah lagi dan berani cakap!. 

Tengok ler contoh gambar Zunar yg memang haram jadah dan berstatus keemark nampak sangat balaci dan dilembukan, upah tunggi ker yop? Atau talak berani buka suara, pakat kena balun FREE ler!

Kesian, mata kanak-kanak kena korek

Mata kanak-kanak kena korek


BEIJING - CHINA - Seorang kanak-kanak berumur enam tahun di wilayah utara Shanxi berpotensi cacat penglihatan seumur hidup akibat perbuatan kejam individu tidak berperikemanusiaan.

Isnin lalu, media melaporkan Guo ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan matanya turut dikorek selepas dilaporkan hilang ketika sedang bermain di luar kawasan rumahnya.

Menurut laporan AFP, sebelum ini, beberapa pihak membuat spekulasi bahawa mangsa mungkin diserang ahli sindiket penjualan organ selepas kornea matanya dilaporkan hilang.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberitahu bahawa kornea tersebut telah ditemui, namun mereka belum memberi sebarang butiran lanjut berhubung perkara itu.

"Siasatan masih dilakukan untuk mengetahui motif sebenar perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan ke atas mangsa," kata jurucakap polis Fenxi.

Difahamkan, polis turut menawarkan ganjaran 100,000 yuan (RM54,000) kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan suspek dipercayai seorang wanita.
Menurut bapa saudara Guo, doktor merancang menggunakan implan mata ke atas anak saudaranya selepas mangsa sembuh.

29 August 2013

Lelaki Ditahan Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Biras

BESUT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah birasnya di Kampung Gong Ubi Keling di sini Selasa.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakan berumur 18 tahun yang dipercayai bersubahat dengannya, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.
Beliau berkata lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu pada pukul 7 petang bagi menakut-nakutkan birasnya yang berusia 46 tahun.
"Kami menemui dua biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu," katanya dan memberitahu polis belum menemui senapang angin yang digunakan dalam kejadian itu.
Kamaruddin percaya kejadian itu berpunca daripada masalah keluarga apabila suspek mendakwa birasnya itu cuba masuk campur dalam urusan rumah tangganya. -BERNAMA

27 August 2013

Awas sengatan Obor-obor boleh maut

Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang.
Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantai bila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.
Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampir satu meter di depan saya semasa kejadian itu.
"Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina)menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.
"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya danberjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan."
Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.
Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
"Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit,"
"Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalam laporan media itu.
Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untuk menyelamatkan Carina.
TANPA TULANG BELAKANG
Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa.
Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.
Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh 60 orang dewasa.
"Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan,"jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuah hospital di sini.
Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsa disengat 'tebuan laut' dan kerap kali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkan berlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.
DESTINASI PERCUTIAN
Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknya obor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.
"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkap obor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.
Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali kepantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor.
Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantua nperubatan, kata Martyn.
SESUNGUT
Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyai ratusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.
Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakan bagi menyengat hidupan kecil yang lain.
Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini boleh membawa kecederaan dan kematian.
Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenisyang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulit melepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.
Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jenisobor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.
Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalahdaripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yangterdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik.
Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa limaminit.
REAKSI
Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.
"Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badanorang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yang bersaiz badan besar," jelas Martyn.
Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkanalergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawa kematian dari hanya satu sengatan.
"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. 
- BERNAMA-

26 August 2013

Gabenor bank negara gred 'A'

Tahniah buat gabenor Bank negara Malaysia kerana diberi penarafan gred 'A' oleh majalah Global Finance.


KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah diberikan penarafan "Gred A" di kalangan ketua-ketua bank pusat untuk kali ke-10 oleh majalah Global Finance.
Majalah itu yang beribu pejabat di New York dan pejabat di London, Rio de Janeiro dan Milan, menamakan ketua-ketua bank pusat Malaysia, Filipina dan Taiwan sebagai tokoh bank pusat terbaik dunia untuk tahun 2013 sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang masing-masing.
Gabenor Bank Pusat Filipina, Amando Tetangco Jr dan Gabenor Bank Pusat Taiwan, Fai-nan Perng turut berada dalam senarai.
Menurut Global Finance, tokoh-tokoh bank itu dinilai atas keazaman mereka mengharungi campur tangan politik dan usaha mereka mempengaruhi kerajaan masing-masing mengenai isu-isu seperti perbelanjaan dan keterbukaan ekonomi kepada pelaburan asing dan perkhidmatan kewangan.
"Dengan ekonomi-ekonomi maju memulakan laluan berperingkat ke arah pemulihan dan beberapa pasaran sedang pesat membangun terus lembap, tokoh-tokoh bank pusat dunia berhadapan dengan tempoh yang mencabar dalam menguruskan dasar monetari untuk merangsangkan kestabilan dan pertumbuhan ekonomi secara positif," katanya.
"The Central Banker Report Cards", yang diterbitkan setiap tahun oleh Global Finance sejak 1994, memberikan penarafan kepada gabenor bank pusat di lebih 50 negara utama (dan Kesatuan Eropah) pada skala "A" hingga "F" bagi kejayaan dalam bidang-bidang seperti kawalan inflasi, matlamat pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah.
Global Finance, diasaskan pada 1987, dengan pengedaran 50,050 dan pembaca di 163 negara. - BERNAMA-

KDN Akan Umum Senarai Nama Kongsi Gelap - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.
"Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini, Isnin.
Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
"Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah," katanya.
Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.
"Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak," katanya.
Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.
"Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).
"Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita," katanya.
Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.
EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. 
BERNAMA-

Panas-panas!! Tukang urut lari berbogel

Gambar Hiasan

SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel  selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini,  diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit.

Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.

Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan.

Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.

Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

100 hari pemerintahan, Mat Said bawa kegemilangan Terengganu

Lebih kurang 100 hari pentadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menerajui Terengganu bagi penggal kedua selepas Barisan Nasional memenangi pilihanraya umum ke 13 yang baru lalu.
Dato’ Seri Ahmad mengangkat sumpah jawatan tersebut bagi penggal yang kedua di depan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Maziah pada 11 Mei 2013.
Beliau dilantik semula memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar setelah juga berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kijal dalam pilihanraya tersebut dengan majoriti besar, 4, 204 undi menewaskan calon Pas.
Dato’ Seri Ahmad sebelum ini telah pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar pada 22 Mac 2008.
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Seri Ahmad kerana telah memimpin semula Terengganu dan mengekalkan fokusnya untuk mempastikan rakyat mendapat faedah dari pentadbiran yang dijalankan.
Pendekatan Merakayatkan Pentadbiran dan Pembangunan akan diteruskan di bawah pentadbiran beliau.
Justeru itu beliau meminta penjawat awam di negeri ini supaya bersikap profesional, menghormati dasar kerajaan dan melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Mereka yang diamanahkan perlu mengekalkan kaedah berkerja secara berkualiti dan mengamalkan budaya sihat sewaktu bertugas supaya mampu dipandang positif oleh masyarakat.
Selaku pekerja dalam pasukan kerajaan yang sentiasa memberi bantuan serta mempermudahkan segala urusan berkaitan dengan rakyat, semuanya hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, berdedikasi dan amanah.
Ikhlaslah bekerja demi membantu kerajaan semasa, supaya dapat terus memerintah dan jangan sekali-kali bersekongkol dengan pihak lain yang belum tentu dapat mengekal kemakmuran Terengganu dan negara.
Begitulah tingginya harapan pimpinan nombor satu negeri untuk melihat rakyat mendapat manfaat dan faedah yang sebaiknya dari pentadbiran kerajaan dengan kerjasama seluruh penjawat awam atau kakitangan kerajaan.
Rakyat dan masyarkat juga hendaklah sama-sama membantu kerajaan pimpinannya untuk terus membangunkan negeri untuk faedah rakyat juga.
Janganlah ada unsur-unsur hendak menimbulkan kekacauan, kerana rakyat telah pun membuat pilihan, termasuk dalam Piliharaya Kecil Kuala Besut baru-baru ini juga, rakyat telah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional.

Dato’ Seri Ahmad yang berpengalaman lama dalam pentadbiran kerajaan sejak menjadi pegawai tadbir negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan seterusnya ketua kerajaan negeri begitu prihatin terhadap projek-projek yang membawa faedah kepada rakyat.
Misalnya tumpuan Dato’ Seri Ahmad dalam hal-hal berkaitan perumahan rakyat tiada siapa dapat menyangkalnya, sehingga mendapat pujian kerajaan pusat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memuji langkah kerajaan Terengganu pimpinan Dato’ Seri Ahmad yang berusaha menyediakan perumahan kepada rakyat, iaitu dengan sasaran 10 ribu unit pada tempoh lima tahun.

Langkah itu adalah menepati juga dengan dasar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri , Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menyediakan perumahan kepada rakyat, termasuk golongan yang berpendapatan rendah.
Tan Sri Muhyiddin memberitahu, dalam aku janji kerajaan BN dalam PRU 13 yang baru lalu, sebanyak 1 juta unit rumah akan di bina dalam tempoh lima tahun akan datang.
Katanya, kementerian berkaitan sedang mengambil langkah-langkah wajar bagi menentukan taburan projek tersebut supaya meliputi seluruh negeri.
Oleh itu, pendekatan kerajaan negeri Terengganu ini begitu kehadapan sekali dalam menunaikan hasrat Perdana Menteri, bahkan itulah sebenarnya yang menjadi harapan rakyat.

Sempena tempoh lebih kurang 100 hari Dato’ Seri Ahmad, akan menjadi permulaan awal untuk meneruskan pelbagai lagi perancangan dan pembangunan untuk faedah rakyat bagi penggal kedua pentadbirannya.

25 August 2013

Apa dah jadi ni, 6 nyaris maut kena tembak!

Apa dah jadi apabila 6  lelaki yang sedang minum di sebuah kedai kopi di Taman Kasawari, Simpang Ampat cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan dua lelaki.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, kesemua mangsa yang sedang duduk di dalam kedai cedera di beberapa bahagian badan termasuk rusuk, kaki dan punggung akibat tembakan berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua suspek yang menunggang motosikal melepaskan tembakan rambang secara tiba-tiba sebelum melarikan diri.

“Akibat tembakan itu, dua lelaki mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap.


Beliau berkata, motif tembakan masih disiasat dan polis masih mengenal pasti jumlah tembakan yang dilepaskan di tempat kejadian.

Menurut, Abdul Rahim mangsa yang cedera duduk di dua buah meja paling hadapan, iaitu dua yang terkena tembakan duduk di sebuah meja, manakala empat lagi yang duduk di meja bersebelahan terkena serpihan peluru.Mangsa yang berusia antara 20 dan 50 tahun.

“Menurut saksi yang berada di kedai berkenaan, dua lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi keledar penuh dan mereka terus memecut laju sebaik melepaskan tembakan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan geng kongsi gelap.

“Setakat ini, kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi polis percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kita tidak akan berdiam diri dan akan cari mereka yang terlibat dalam kes ini segera,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. 

24 August 2013

Panass!! Lelaki berusia 51 tahun rogol suri rumah

Macam-Macam berlaku sekarang ni..suri rumah dirogol lah, curi ayam lah, curi pot getah la...curi durian, mcam-macam lah.

SETIU-  Hasrat seorang wanita berusia 23 tahun untuk belajar solat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun menjadi detik malang buat wanita berkenaan apabila lelaki itu didakwa merogolnya.

Dalam kejadian di rumah mangsa pada malam Selasa lalu di Kampung Tapah, Chalok Barat di sini, mangsa yang juga suri rumah mendakwa dirogol lelaki yang datang ke rumahnya menggunakan alasan mahu mengajar mangsa solat.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya menghubungi suspek yang dikenali sebagai Pok Mat kira-kira jam 7.30 malam untuk menyelesaikan masalah keluarga.

Menurutnya, mangsa yang tidak bekerja kemudian keluar bersama suaminya berusia 30-an dan berjumpa dengan suspek.

 “Apabila perbincangan selesai selang beberapa minit kemudian, suami mangsa pergi menggunting rambutnya di sebuah kedai berhampiran sementara mangsa pulang ke rumahnya bersama suspek berusia 51 tahun dengan menaiki motosikal selepas lelaki terbabit memberi alasan mahu mengajar mangsa bersolat.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju pulang bersama suspek dan sebaik tiba di rumah, dia diminta suspek memakai kain sarung sebelum meminta tidur di atas tilam, seterusnya dirogol,” katanya.


Lucu betul kenyataan ni...
Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chalok, Setiu pada keesokan harinya dan suspek juga dari kampung sama ditahan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.


Setelah kesokanya baru buat laporan....isk2 malang betul suri rumah tu...kenapa tunggu sampai esok??

23 August 2013

3 ditangkap kerana kes curi kereta

BESUT: Polis berjaya menyelesaikan lima kes kehilangan kereta termasuk yang terbaharu di Melaka Tengah dan Pengkalan Chepa, Kelantan dengan tertangkapnya tiga lelaki pada Selasa dan semalam di Besut.
Pemangku Ketua Polis Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata berikutan tangkapan itu polis menemui semula kereta jenis Proton Satria yang hilang di Melaka Tengah dan kereta jenis Perodua Kancil di Pengkalan Chepa, Kelantan semasa musim perayaan baru-baru ini.
Ketiga-tiga suspek merupakan penduduk tempatan berumur antara 30 hingga 43 tahun.
Mereka kini ditahan reman hingga Sabtu. 
 -BERNAMA-

DSIJ Kesal Tindakan Hasut Peminjam Elak Bayar Hutang PTPTN

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh kesal dengan tindakan pihak tertentu yang ghairah menghasut peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tidak membayar pinjaman hingga menyebabkan hutang tertangguh sekian lama.
Beliau berkata hasutan tersebut secara jelas tidak Islamik kerana mempengaruhi orang lain tidak membayar hutang sedangkan Islam jelas menyatakan hutang perlu dibayar.
Menasihatkan peminjam supaya tidak terpengaruh dengan hasutan itu, beliau berkata membayar hutang satu kewajiban bukan sahaja menurut agama malah bagi memastikan generasi seterusnya dapat pembiayaan pelajaran.
"Setakat ini terdapat kira-kira 400,000 atau merupakan 34 peratus peminjam PTPTN yang didapati cuba mengelak untuk membuat bayaran balik kerana termakan hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika merasmikan balai raya dan pertandingan hasil pertanian di kampong Tok Motong.
Katanya kumpulan peminjam berkenaan tidak memberi maklum balas atau kerjasama apabila dihubungi sedangkan mereka boleh berbincang dengan pihak PTPT Nsekiranya mereka menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.
"Paling penting tidak ada yang teraniaya dan peminjam perlu tampil berunding bagi membolehkan mereka dipertimbangkan membayar balik pinjaman mengikut kemampuan," katanya.
Katanya bagi mengatasi masalah itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rabu depan di Kuala Lumpur untuk mendengar sebarang pandangan.
Dalam perkembangan lain, Idris berkata beliau akan berlepas ke Kaherah, Mesir esok untuk bertemu dengan Menteri Pelajaran Mesir bagi membincangkan beberapa perkara mengenai pembelajaran pelajar Malaysia di negara itu termasuk jadual peperiksaan berikutan konflik politik yang melanda negara itu ketika ini. -BERNAMA-

22 August 2013

Senarai mangsa tragedi bas terhumban ke gaung Genting Highlands

Senarai mangsa tragedi bas terhumban ke gaung Genting Highlands yang telah dikenal pasti: 

Maut
1. Chan Fook Choy, 62
2. Chan Lai Huat
3. Sub Moy @ Sak Moy, 71
4. Sukhviv Singh (India)
5. Rafik Ali Buai Habac (Bangladesh)
6. Sek Sooi Chan
7. Lee Fok Wah, 62
8. Law Tiaw Meng, 36
9. Law See Kee, 19
10. Auther Mash (India)
11. Yap Hing, 61
12. Muhammad Rasid Jantan, 61
13. Ng Ah Heng
14. Choo Peng Kwan, 66
15. Bhuiyan Rifique Ali (Bangladesh)

Cedera
1. Suryadi Dudiarto (Indonesia)
2. Nurul Quraiul Aini, 20
3. Rezyan (Bangladesh)
4. Nurfridil Gusman (Indonesia)
5. Raawlok (Bangladesh)
6. Nur Shamimi Jaafar, 25
7. Nur Fathih Jaafar, 22
8. Rashidah Buyah (Bangladesh)
9. Andri Purwadi (Indonesia)
10. Maizatul, 23
11. Kang Byoung Kuk (Korea)
12. Wong Terapung (Thailand)
13. Saedah, 19
14. Razif, 26
15. S.E Ali Haider (Bangladesh)
16. Tan Ming Shing, 26

Bas yang terlibat dengan kemalangan di KM 3.6 Genting Higlands

Ni la gambar bas yang terlibat dengan kemalangan tu.




WGA 4136

Laporan The Star berdasarkan laporan JPJ menunjukkan bas ekspres Go Genting yang terlibat dalam kemalangan maut semalam adalah berstatus “Blacklist.  Betul ke???
Menurut sumber, pemandu bas tersebut baru dua bulan bekerja sebagai pemandu di syarikat bas berkenaan.

Bas jatuh gaung: hilang kawalan 100 meter sebelum terjunam

Bas yang terjunam ke dalam gaung di Km 3.5 Jalan Genting Highlands, hilang kawalan sejauh 100 meter sebelum melanggar tebing dan jatuh ke dalam gaung itu, kata Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani. 

Katanya, siasatan awal juga mendapati sebanyak 48 tiket dijual namun bilangan penumpang yang menaiki bas bernombor pendaftaran WGA 4136 berkenaan lebih daripada itu. 


Kejadian dilapor berlaku 2.45 petang ketika bas berkenaan menuruni puncak Genting Highlands berdekatan Chin Swee Temple, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. 

Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu mengorbankan 37 nyawa, manakala 16 lagi cedera. - BERNAMA 

Tragedi Bas Jatuh Gaung 37 maut

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.
Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53 orang.

anggota penyelamat sedang bersiap sedia untuk turun semasa kejadian


Anggota penyelamat turun untuk menyelamat mangsa




keadaan bas sebelum diselamatkan
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya  lelaki dan 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter. Nasib baik ia tersangkut di pokok besar, jika tidak ia akan terjunam sedalam 200 meter lagi, menurut sumber yabng dikeluargan oleh pihak berkuasa.

21 August 2013

Muara Sungai Besut dipulih


Muara Kuala Besut yang akan didalamkan bagi mengatasi masalah cetek di sungai Kuala Besut. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20130820/wt_01/Nelayan-lega-muara-dipulih#ixzz2cYqm4D9r  © Utusan Melayu (M) Bhd
Muara cetek dengan laluan sempit dan hadangan beting pasir merupakan fenomena alam yang berterusan menjadi masalah kepada bot nelayan dan pelancong berpangkalan di Kuala Besut sejak sekian lama.
Langkah sementara untuk mengatasinya melalui kerja mendalamkannya dengan kos yang juga besar sentiasa dibatasi kerana masalah itu akan tetap kembali beberapa tahun kemudian dan keluhan serta sungutan akan berulang didengar.
Dianggarkan lebih 300 bot nelayan beroperasi di daerah ini dan daripada jumlah itu hanya kira-kira 45 peratus menggunakan pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuala Besut apabila banyak yang tertumpu di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.
Segala pergerakan bot keluar masuk akan bergantung ketibaan air pasang dan keadaan itu jelas mengganggu bot nelayan dan pelancong ke Pulau Perhentian yang merupakan salah sebuah pulau terindah di dunia.
Hampir setiap tahun terdapat bot yang karam atau tenggelam di muara Sungai Kuala Besut kerana terlanggar beting pasir atau kerana muara yang cetek.
Sehubungan itu pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada bulan lalu mengenai projek pemulihan muara Sungai Besut disambut oleh golongan nelayan dengan perasaan cukup lega dan menggembirakan mereka.
Kesediaan Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan begitu besar berjumlah RM250 juta bukan sahaja menyemarakkan perkembangan industri perikanan malah bakal menjadikan Kuala Besut sebagai nadi pelancongan.
Projek yang turut melibatkan pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang satu kilometer, yang setiap satu memagari laluan masuk itu sekali gus bakal merubah wajah kawasan sekitar pesisirnya melalui limpahan pembangunan lebih pesat seperti yang dirancang.
Sewaktu mengumumkan kelulusan projek itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, sebuah syarikat akan melakukan kajian awal yang memakan masa enam bulan bagi menyediakan pelan untuk melaksanakan projek berkenaan.
Pengerusi Persatuan Nelayan Besut, Che Busu Ismail menganggap projek itu sebagai satu rahmat yang dinanti oleh setiap nelayan sejak puluhan tahun lalu kerana bukan mudah projek yang menelan kos begitu besar untuk diluluskan.
Sambil mengucapkan terima kasih, katanya, projek pemilihan itu pasti akan dapat membantu menambah hasil nelayan yang agak terjejas dan kebanyakan pendaratan ikan terpaksa dilakukan di Tok Bali.
“Pemborong dan peraih ikan dari Kelantan dan Pahang berasa terganggu kerana bot yang mendaratkan ikan di Kompleks Ikan LKIM di Kuala Besut terpaksa menunggu hingga air pasang untuk melalui muara.
“Lalu mereka beralih ke Tok Bali bagi mendapatkan bekalan kerana bot boleh mendaratkan ikan lebih awal disebabkan tidak berdepan dengan masalah muara cetek.
“Setakat ini hanya bot kecil boleh memasuki muara Kuala Besut sepanjang masa tetapi kebanyakannya tidak membawa sama tangkapan yang banyak sebagaimana diperlukan,” ujarnya.
Seorang nelayan, Azmi Daud, 46, berkata, sebelum ini pernah berlaku insiden mengakibatkan kematian berikutan keadaan muaranya yang cetek.
“Bot akan melekat apabila muara terlalu cetek. Kebetulan pada masa itu ombak besar, ketika itulah berlakunya kemalangan jiwa, ombak membadai bot berkenaan lalu terbaik,” ujarnya.
Bagi Ibrahim Hamat, 63, pula, langkah kerajaan melalui pelaksanaan projek kekal itu akan mengakhiri keluhan sekian lama golongan nelayan di sini.
Katanya, selain boleh keluar masuk pada bila-bila masa, nelayan tidak akan berdepan dengan risiko bot tersadai, terbalik dan rosak.
Menurut beliau, tindakan tersebut memberi impak besar bukan sahaja melancarkan aktiviti nelayan tetapi kepada sektor pelancongan negeri.
“Muara ini juga menjadi laluan bot pelancong yang hendak ke Pulau Perhentian. Kalau muara cetek kadang-kadang turut menyukarkan perjalanan bot membawa pelancong.
“Mereka terpaksa menunggu lama dan menyebabkan mereka beralih ke jeti di Kelantan. Jadi khidmat pengusaha bot di sini turut terjejas,” ujarnya.
Seorang lagi nelayan yang ditemui, Zamri Mohd. Noor, 38, berkata, dengan pelaksanaan projek tersebut nanti secara tidak langsung membuka peluang ekonomi yang lebih mantap terutama kepada kaum nelayan di daerah ini.
“Apabila muara dalam, maka bot ini tidak menghadapi masalah untuk keluar masuk, dengan itu kerja nelayan boleh berjalan lancar. Lebih banyak kegiatan boleh dilakukan di sini,” katanya.
Mat Min Awang, 52, pula memberitahu, akibat masalah kecetekan itu, kegiatan penurunan ikan di Kuala Besut turut berkurangan.
“Nelayan terpaksa turunkan ikan di pangkalan pendaratan ikan di Tok Bali sedangkan mereka berdaftar di Kuala Besut.
“Jadi apabila muara didalamkan, sudah semestinya pangkalan ini akan kembali maju dan berkembang. Kami amat berterima kasih kepada kerajaan yang memberi perhatian besar terhadap pembangunan nelayan,” katanya.
-utusan-

Pemuda Umno Bantah Laksana CCRIS Kepada Peminjam PTPTN

PETALING JAYA: Pemuda Umno membantah keputusan kerajaan untuk menyenaraihitamkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gagal membayar balik pinjaman mereka di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman mereka.
"Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan.
"Bahkan keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," 
Beliau mengulas mengenai mengenai perkembangan terbaru iaitu bermula Ogos ini, lebih 400,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman mereka akan disekat daripada melakukan sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagi melaksanakan tindakan itu, PTPTN akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyenaraikan peminjam yang gagal membayar balik pinjaman melalui CCRIS.
Mengulas lanjut Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pinjaman PTPTN tidak seharusnya disamakan dengan pinjaman lain yang berasaskan pilihan peribadi.
"Ini kerana pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihan peribadi.
"Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi dan keperluan memiliki kelulusan sama ada diploma mahupun ijazah adalah penting bagi pembangunan kerjaya dan intelektual seseorang anak muda," katanya.
Sementara itu Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahadan mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah agensi bagi mengenal pasti masalah dan membimbing golongan ini melalui program pengurusan kredit yang membolehkan mereka membayar hutang PTPTN.
Menurutnya, agensi itu boleh berperanan seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang menyediakan perkhidmatan kaunseling kewangan dan program pengurusan kredit kepada mana-mana peminjam PTPTN yang bermasalah.
"Melaluinya juga peminjam mempunyai pilihan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka tertakluk syarat yang ditetapkan PTPTN.
"Selain itu saya berpandangan agar PTPTN bekerjasama dengan majikan peminjam untuk membuat potongan gaji secara bulanan atau arahan tetap (SI) bank dengan jumlah yang termampu oleh peminjam. Dengan cara ini, sudah tentu tidak akan membebankan kerana barangkali ada segelintir peminjam itu yang menghadapi masalah kewangan yang teruk," katanya.

20 August 2013

Isu PTPTN :CCRIS, kerajaan dijangka akan kalah di PRU 14

Tindakan kerajaan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dilihat sebagai bom jangka yang akan makan tuan.

Menerusi CCRIS itu, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan dalam kemudahan institusi kewangan seperti permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan dan rumah.

Kerana dasar PTPTN yang dianggap sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan keadaan kepada kerajaan khususnya pada PRU 14 nanti.

ketika ini peminjam sedang bergelut dengan kadar upah dan gaji yang rendah di samping dibebankan harga rumah dan kereta yang tinggi. Majoritinya graduan yang tamat belajar bekerja dengan kelayakan yang tidak sepatutnya. Keadaan ini dilihat golongan muda yang mempunyai kuasa memilih kerajaan terbesar akan memberontak dan melepaskan geram dengan tidak menyokong pembangkang sebagai tanda protes. Kerajaan sepatutnya mewujudkan mekanisma terbaik bagi menangani isu PTPTN. 

Kadar muflis juga  terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda. BPO Tidak mempertikaikan tanggungjawab peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN.

Kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan merekatidak berrkemampuan dan yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

Harapan kerajaan mencari dan bertindak bijak untuk menghadapi PRU 14, walapun perjalanan masih jauh, jangan luka meninggalkan parut keranan keranan kesilapan kerajaan kita sendiri dan lupa kepada perbuatan lama. Golongan muda perlu dijaga kerana perjalanan mereka masih jauh dan penentu haluan dan kerana mereka juga kita banyak hilang undi pada PRU 13 yang lalu.


Tiada kenaikan caj perkhidmatan penumpang di KLIA 2

KLIA 2

Caj perkhidmatan penumpang (PSC) di KLIA 2 adalah sama dengan kos di terminal penerbangan tambang rendah (LCCT), Kata Timbalan Menteri Pengankutan Datuk Aziz Kaprawi.

PSC semasa di LCCT ialah RM32 bagi penumpang antarabangsa dan RM6 untuk penumpang domestik.

Pembinaan lapangan terbang kini 92 peratus siap dan bangunan terminal 96 peratus siap, dengan 20 pakej utama sudah selesai.
   
Ia meliputi sistem penyejukan, trek ERL, laluan pesawat yang menghubungkan Landasan 2 ke KLIA2, kawalan trafik udara (ATC), menara, pemasangan peralatan ATC, jejantas ke terminal, apron parkir pesawat, serta semua kerja-kerja perparitan dan utiliti utama yang berkaitan.  KLIA2 akan siap pada 30 April tahun depan dan akan beroperasi pada 2 Mei.


Dalam satu kenyataan kementerian itu berkata komponen kerja yang berlaku kelewatan akan disemak semula oleh pasukan projek MAHB KLIA2 untuk penilaian semula oleh kontraktor pihak ketiga, jika kontrak terbabit tidak dapat memenuhi tarikh penyiapan.
   
Ia berkata beberapa kerja yang ditugaskan kepada kontraktor baru membabitkan jalan perkhidmatan, bangunan pasukan menyelamat dan kebakaran lapangan terbang serta sistem pengendalian bagasi. - Bernama