“Kita tidak perlu sekat mana-mana pihak yang mahu bertanding kerana itulah yang menunjukkan Umno sebenarnya mempunyai ramai ahli yang bersedia menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan parti,” 

Beliau turut menegaskan pihak yang bertanding juga perlu berkempen secara sihat dengan tidak menyentuh isu peribadi yang boleh mengaibkan mana-mana pihak.

“Jika boleh elak isu peribadi sepanjang kempen, sebaliknya kempen secara matang kerana yang dipilih kelak bakal menentukan hala tuju kepimpinan Umno di peringkat masing-masing,” katanya.