28 December 2011

4,000 Jawatan Kosong Dibekukan di SPA Terengganu

4,000 kekosongan pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam negeri yang masih belum diisi, akan ditawarkan sehingga pelarasan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula tahun depan.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah berkata, pembekuan sementara itu bagi memudahkan perlaksanaan skim SBPA di kalangan penjawat awam negeri selesai dilaksanakan nanti.



“Skim baru ini kita belum tahu lagi macam mana kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang memberi penjelasan terperinci mengenainya.

“Sebab itu buat masa ini, JPA belum membenarkan kita mengeluarkan iklan jawatan kosong,” katanya ketika ditemui selepas Program Temu Mesra Setiausaha Kerajaan Negeri bersama kakitangan Kompleks Sri Iman, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Dato’ Mazlan berkata, sehingga kini sebanyak 8,000 jawatan daripada 12,000 kekosongan telah diisi.



Sebanyak RM28 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi melaksanakan skim SBPA di Terengganu


SBPA berlakunya kenaikan gaji 10 peratus bagi kakitangan awam selain badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan.

"Bagaimanapun penjawat awam masih mempunyai pilihan sama ada mahu mengekalkan skim lama ataupun memilih untuk terus berkhidmat di bawah skim baru SBPA.

"Penjawat awam yang berkenaan boleh membuat opsyen dan ini bukan satu paksaan. Mereka ada dua pilihan dan kalau hendak kekal dengan skim lama, maka gaji lama mereka tak akan berubah," jelasnya.

22 December 2011

Masihkah Kau Ingat? Bahagian 2

Apa PAS buat Semasa Memerintah Terengganu Semasa Menang Pilihanraya 1999..
MASIHKAH KAU INGAT?

LIHATLAH KERAKUSAN PAS BILA BERKUASA




LIHATLAH KERAKUSAN KUASA PAS, BILA MEMERINTAH TERENGGANU 1999..SERIK DOH WEH...RAKYAT TERENGGANU DAH RASA KEPERITAN DAN KESULITAN BILA KERAKUSAN PAS BILA DAPAT MEMERINTAH, DIMANA MANIFESTO MEREKA SEMASA PILIHANRAYA?

21 December 2011

Banjir Di Johor Meningkat, 3,259 Mangsa Dipindahkan

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sebanyak 38 pusat pemindahan banjir dibuka.
mangsa banjir yang dipindahkan di Johor setakat 10 pagi tadi meningkat kepada 3,259, berbanding 2,676 orang 
sehingga jam 8.07 minit malam tadi melibatkan 38 Pusat Pemindahan..KLIK untuk maklumat terkini
.

20 December 2011

Masihkah Kau Ingat?

Bahagian 1






Dividen ASB 7.65 Sen Seunit

Dividen ASB 2011 adalah sebanyak 7.65% dengan 1.15% bonus.
berikut adalah  kadar dividen dari 2005 hingga 2011


2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75% Total: 9.00%
2006: Dividen: 7.30% Bonus: 1.25% Total: 8.55%
2007: Dividen: 8.00% Bonus: 1.00% Total: 9.00%
2008: Dividen: 7.00% Bonus: 1.75% Total: 8.75%
2009: Dividen: 7.30% Bonus: 1.25% Total: 8.55%
2010: Dividen: 7.50% Bonus: 1.25% Total: 8.75%
Seramai 7.3 juta pemegang saham dan kini lebih 95.9 bilion Unit ASB, akan terima bonus 1.15 sen.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Ahmad Sarji,berkata pengaguhan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM 7.19 Bilion dan Bonus sebanyak RM 628.29 Juta.


'Angpau RM1.6j'

Berita Harian Online:  'Angpau RM1.6j' buat LCW
LEE Chong Wei yang ‘makin penat’ diingatkan supaya segera mengalih tumpuan memburu ganjaran lebih lumayan - RM1.6 juta dan pencen bulanan RM5,000 dengan melakar sejarah muncul atlit sukan pertama negara memenangi pingat emas Sukan Olimpik, tahun depan...untuk berita selanjutnya .

18 December 2011

ORGANISASI MURTADKAN ORANG ISLAM?

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mendedahkan kewujudan sebuah organisasi di negeri itu yang melatih mubaligh secara profesional untuk memurtadkan umat Islam...Berita Lanjut Klik

14 December 2011

Ombak Pasang Besar Menyerang Kuala Besut

WALAUPUN peristiwa ombak besar yang memecah benteng dan air pasang memasuki rumah penduduk di penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Pengkalan Atap,Kuala Besut, malam kelmarin masih menghatui fikiran mereka namun penghuni terbabit dibenarkan pulang hari ini selepas dua malam berada di pusat pemindahan

Mereka seramai 169 mangsa daripada 41 keluarga dibenarkan pulang kira-kira jam 10 pagi selepas pihak berkuasa berpuas hati dengan keadaan cuaca yang sudah pulih dan dalam keadaan normal hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung terbabit, Abdul Aziz Mahmood berkata, penduduk yang mengambil keputusan untuk pulang hari ini menghabiskan waktu dengan menjalankan kerja membersih rumah yang dipenuhi lumpur dan sampah sarap akibat kejadian air pasang malam kelmarin.

Malah, nasib malang penduduk terbabit turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk keadaan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat,kakitangan Pejabat Daerah Besut, Sukarelawan Jabatan Kemajikan Masyarakat, Sukarelawan Jabatan Belia dan Sukan serta penduduk setempat bergotong royong membersih kawasan penempatan berkenaan.

Kira-kira 100 peserta menyertai gotong royong anjuran JKKK Kampung itu dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut.


Penduduk bergotong royong membersih sampah sarap

Penduduk yang kembali semula ke rumah masing-masing meskipun gembira namun mereka masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang kejadian sama akan berulang semula dalam tempoh terdekat.

Sementera itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Nazri Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara, dijangka melakukan lawatan kerja untuk menemui penduduk kampung itu pada 14 Disember ini (esok).

berita dipetik dari blog http://teganukita.blogspot.com