3 August 2013

MENGAPA PERLU MELAYU TERUS MELUTUT KEPADA KAUM PENDATANG?




Tidak ada dalam negara di dunia ini, selain Malaysia yang Bumiputeranya sentiasa tunduk merendah diri dan menyerap rasa bersalah walaupun tidak berbuat sebarang kesalahan kepada golongan pendatang yang mereka sendiri berikan kerakyatan dan diterima sebagai sebahagian daripada rakyat negara ini. 

Walaupun Afrika Selatan dan Fiji mungkin merupakan contoh paling ideal untuk disamakan dengan Malaysia, namun kedua-dua negara tersebut, meskipun telah merdeka, sebenarnya masih belum merdeka. Mereka masih terjajah dek kuasa asing yang mahu memastikan golongan kulit putih dan etnik India menguasai Afrika Selatan dan Fiji. Kerakyatan kulit putih dan etnik India bukannya diberikan oleh Bumiputera sebagaimana yang berlaku di Malaysia. 

Bumiputera sudi menerima Cina dan India sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia. Bumiputera sedia berkongsi segala-galanya, termasuklah tanah dan hak mengundi dengan Cina dan India, tetapi akhirnya, Bumiputera terpaksa melutut bagaikan orang salah kepada Cina dan India. Apa-apa sahaja yang dituntut oleh Cina dan India akan dipenuhi sambil Bumiputera meminta maaf sama ada secara langsung atau tidak langsung...baca lagi

No comments:

Post a Comment