Caj perkhidmatan penumpang (PSC) di KLIA 2 adalah sama dengan kos di terminal penerbangan tambang rendah (LCCT), Kata Timbalan Menteri Pengankutan Datuk Aziz Kaprawi.
PSC semasa di LCCT ialah RM32 bagi penumpang antarabangsa dan RM6 untuk penumpang domestik.
Pembinaan lapangan terbang kini 92 peratus siap dan bangunan terminal 96 peratus siap, dengan 20 pakej utama sudah selesai.
Ia meliputi sistem penyejukan, trek ERL, laluan pesawat yang menghubungkan Landasan 2 ke KLIA2, kawalan trafik udara (ATC), menara, pemasangan peralatan ATC, jejantas ke terminal, apron parkir pesawat, serta semua kerja-kerja perparitan dan utiliti utama yang berkaitan. KLIA2 akan siap pada 30 April tahun depan dan akan beroperasi pada 2 Mei.
Dalam satu kenyataan kementerian itu berkata komponen kerja yang berlaku kelewatan akan disemak semula oleh pasukan projek MAHB KLIA2 untuk penilaian semula oleh kontraktor pihak ketiga, jika kontrak terbabit tidak dapat memenuhi tarikh penyiapan.
Ia berkata beberapa kerja yang ditugaskan kepada kontraktor baru membabitkan jalan perkhidmatan, bangunan pasukan menyelamat dan kebakaran lapangan terbang serta sistem pengendalian bagasi. - Bernama
No comments:
Post a Comment