14 August 2013

KEDAI JETI PULAU PERHENTIAN TERBAKAR


Tengku Zaihan

Tiga peniaga hilang punca pendapatan selepas kedai masing-masing terbakar dalam kejadian di Jeti Kampung Pulau Perhentian di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, tiga kedai sederet yang disewa mangsa terlibat.

Seorang mangsa, Nik Zawawi Mat Ira, 37, berkata, api yang bermula dari kedainya yang terletak di bahagian tengah menyebabkan kedai runcitnya paling teruk terjejas, manakala dua kedai bersebelahan mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari pemilik kedai makan di sebelah kedainya apabila melihat asap keluar daripada pintu utama premisnya.


Kedai makan dan sebuah lagi kedai cenderamata, bersebelahan kedai Nik Zawawi tidak mengalami kerosakan teruk berikutan kebakaran berlaku di bahagian bumbung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata, api berjaya dikawal dan dipadamkan Pasukan Bomba Sukarela Pulau Perhentian, selain dibantu penduduk kampung.

“Mereka berjaya mengawal api daripada memusnahkan keseluruhan bumbung dan semua kedai serta jeti tersebut. Api dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 7 pagi,” katanya.

Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hadir melawat tempat kejadian dan mangsa sebaik mendapat maklumat, seterusnya menyampaikan sumbangan peribadi.

Turut wakil pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berada di tempat kejadian.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan suspek yang memecah masuk kedai tersebut berjaya ditahan polis pulau berkenaan.

No comments:

Post a Comment