25 August 2013

Apa dah jadi ni, 6 nyaris maut kena tembak!

Apa dah jadi apabila 6  lelaki yang sedang minum di sebuah kedai kopi di Taman Kasawari, Simpang Ampat cedera setelah terkena tembakan rambang yang dilepaskan dua lelaki.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, kesemua mangsa yang sedang duduk di dalam kedai cedera di beberapa bahagian badan termasuk rusuk, kaki dan punggung akibat tembakan berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua suspek yang menunggang motosikal melepaskan tembakan rambang secara tiba-tiba sebelum melarikan diri.

“Akibat tembakan itu, dua lelaki mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Bakap.


Beliau berkata, motif tembakan masih disiasat dan polis masih mengenal pasti jumlah tembakan yang dilepaskan di tempat kejadian.

Menurut, Abdul Rahim mangsa yang cedera duduk di dua buah meja paling hadapan, iaitu dua yang terkena tembakan duduk di sebuah meja, manakala empat lagi yang duduk di meja bersebelahan terkena serpihan peluru.Mangsa yang berusia antara 20 dan 50 tahun.

“Menurut saksi yang berada di kedai berkenaan, dua lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi keledar penuh dan mereka terus memecut laju sebaik melepaskan tembakan,” katanya.

Abdul Rahim berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan geng kongsi gelap.

“Setakat ini, kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi polis percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kita tidak akan berdiam diri dan akan cari mereka yang terlibat dalam kes ini segera,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. 

No comments:

Post a Comment