5 August 2013

'Jenayah bersenjata lepas mansuh EO bukan kebetulan'


Pihak polis menegaskan, peningkatan jenayah, termasuk yang melibatkan senjata api, mempunyai kaitan dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO).

Ditanya secara spesifik berhubung jenayah bersenjata dan EO, yang dimansuhkan pada penghujung 2011, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, ia bukan kebetulan.

Katanya, pihak polis sudah membuat kajian, yang dapatannya menunjukkan antara 2012 sehingga Jun 2013, daripada 130,000 yang ditahan di seluruh negara, 30 peratus pesalah berulang.

Bagaimanapun, ditanya berapa orang daripada yang ditahan bekas tahanan EO, Hadi berkata akan mempertikaikan mengeluarkan data itu pada masa akan datang.

Kenyataannya itu dibuat selepas gesaan memperkenalkan undang-undang baru yang membenarkan penahanan pencegahan, seperti diperuntukkan oleh EO.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini berkata, 90 peratus jenayah terkini di Selangor dirancang oleh bekas tahanan EO.


Apakah Ordinan Darurat?

Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969

Diperbuat dibawah perkara 150 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bertujuan untuk keselamatan ketenteraman awam, mengekang keganasan dan mencegah jenayah keganasan. Mula berkuatkuasa pada 16 May 1969


Baca Juga: 

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Semakan 1972

Mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia pada 01 Ogos 1960 dan bagi Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. Telah disemak semula pada tahun 1972. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan subversif, penghapusan keganasan terancang terhadap orang dan harta di dalam kawasan tertentu di Malaysia, dan mengenai perkara yang bersampingan dengannya


No comments:

Post a Comment