Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.
Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53 orang.
anggota penyelamat sedang bersiap sedia untuk turun semasa kejadian
Anggota penyelamat turun untuk menyelamat mangsa
keadaan bas sebelum diselamatkan
Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya lelaki dan 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter. Nasib baik ia tersangkut di pokok besar, jika tidak ia akan terjunam sedalam 200 meter lagi, menurut sumber yabng dikeluargan oleh pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment