5 August 2013

Lagi kes tembak!!

Lagi kes tembak. Kali ini seorang penoreh getah mat selepas ditembak di Kg Telosan, dekat Pasir Puteh. Kejadian tersebut berlaku 4 pagi tadi. Mangsa yang mengalami cedera parah meninggal dunia jam 1.20 ptg tadi.

Mangsa,  Amirul Tajo Nasir, 40 sedang minum di sebuah kedai makan sebelum salah seorang lelaki bertopeng yang menaiki motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya.

Dalam insiden itu, seorang lagi mangsa, Nuradriana Zakaria, 25, turut mengalami kecederaan di kaki kanan akibat tembakan itu. 

Wanita berkenaan bagaimanapun dilaporkan stabil.


Apa dah jadi dengan Malaysia ni, sohor betul dengan kes tembak menembak. Orang ramai pakat bantu pihak berkuasa membanteras kes-kes jenayah macam ni. Maut di hujung senjata. Dah jadi macam kat negara jiran pulak. Aduahai murah sungguh nyawa manusia ni.

Ayuh membanteras jenayah tembak menembak.

No comments:

Post a Comment