6 August 2013

Diselamatkan Polis selepas 8 Jam diculik


Kepantasan polis berjaya menyelamatkan seorang kerani Majlis Daerah Besut selepas lapan jam diculik tiga lelaki pada petang Jumaat lalu dan menahan seorang suspek.
Kejadian berlaku kira-kira 6 petang di tempat letak kereta Majlis Daerah Besut dan disedari seorang penolong pegawai daerah yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.
Ekoran daripada kejadian itu, satu pasukan khas ditubuhkan untuk mengesan mangsa dan hasil maklumat yang diperoleh, polis berjaya menyelamatkan lelaki berusia 32 tahun itu pada 1.30 pagi, kira-kira lapan jam selepas kejadian. Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian akibat hutang. Susulan penahanan suspek berusia 41 tahun itu, polis merampas wang tunai RM1,000 dan menemui kembali kereta Perodua Kelisa milik mangsa.
Mengikut rekod Polis, suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah, curi motor dan pecah rumah dan suspek  baru sahaja tiga hari dibebaskan dari penjara
Polis juga dalam usaha memburu tiga rakan suspek iaitu Mohd Azril Nor Azmi, 33, dari Jerteh yang mempunyai empat rekod jenayah termasuk kes bunuh, Kamaruzaman Mohd Noor, 48, juga dari Jerteh yang mempunyai tiga rekod jenayah dadah dan Mohd Zulkifli Husain, 40, dari Kuala Besut yang mempunyai satu rekod jenayah dadah. 

No comments:

Post a Comment