23 August 2013

3 ditangkap kerana kes curi kereta

BESUT: Polis berjaya menyelesaikan lima kes kehilangan kereta termasuk yang terbaharu di Melaka Tengah dan Pengkalan Chepa, Kelantan dengan tertangkapnya tiga lelaki pada Selasa dan semalam di Besut.
Pemangku Ketua Polis Besut DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata berikutan tangkapan itu polis menemui semula kereta jenis Proton Satria yang hilang di Melaka Tengah dan kereta jenis Perodua Kancil di Pengkalan Chepa, Kelantan semasa musim perayaan baru-baru ini.
Ketiga-tiga suspek merupakan penduduk tempatan berumur antara 30 hingga 43 tahun.
Mereka kini ditahan reman hingga Sabtu. 
 -BERNAMA-

No comments:

Post a Comment