3 August 2013

'The New Village' Angkat Ching Peng Sebagai Hero dan Pesongkan Fakta



Cerita dari Blog Rakan menceritakan segalanya...

Rakan kami di LPF, di mana LPF pada mulanya memberi kelulusan penayangan filem kontroversi "The New Village" yang diterbitkan oleh Astro Shaw telah menceritakan banyak isu berbangkit yang amat memeranjatkan kami. Dikongsikan kepada pembaca...

Sebelum itu, sedikit latar belakang Astro Shaw ialah berkait dengan company Shaw Brothers yang banyak mendapat keuntungan hasil lakonan P.Ramlee dan rakan-rakan seangkatan di Singapura dan Kuala Lumpur dahulu.

Berbalik kepada filem The New Village, berikut adalah cerita panjang beliau kepada kami.

A. LATAR BELAKANG :
1. Backround sosial filem ini seawalnya cuba menghidupkan suasana "good komunis", suasana kehidupan awal pendatang Cina generasi kedua, ditunjuk surat si abang yang telah berjaya bekerja di negara China. Adegan surat orang Cina di Malaya menunjukkan Kerajaan China Komunis di Tanah Besar China mempunyai hubungan dengan elemen Komunis di Malaya. Dalam keadaan Darurat bagaimana surat dari negara China boleh sampai tanpa diperiksa oleh Kerajaan British?

2. Babak penting berlaku apabila keluarga Cina Pro-Komunis ini menyembunyikan seorang gerila Komunis (Ah Nam yang membawa watak Chin Peng) dan diselit adegan jatuh cinta  di antara Ah Nam dengan anak gadis Lim yang menyelamatkannya dari ditangkap tentera British.

3. Bermulalah propaganda Cina Komunis bahawa penjajah British dan Jepun kedua-duanya adalah Penjahat sebaliknya Cina Komunis (PKM) digambarkan baik dan mulia. Perkara ini dibuktikan semasa insiden rumah keluarga Lim diroboh & diarah pindah ke petempatan baru yang berpagar. Plot filem ini didapati sengaja menunjukkan propaganda bahawa sesiapa yang tidak mahu berpindah dituduh sebagai penyokong Gerila Komunis (PKM). Akhirnya dengan air mata kemarahan, kebencian dan dendam kepada "kerajaan', keluarga Lim terpaksa berpindah.

Nota : Sepatutnya Produser memberi gambaran yang lebih tepat bahawa peristiwa berpindah itu dikenali sebagai Rancangan Briggs yang bertujuan menghalang kegiatan Komunis yang mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di pinggir hutan. Malangnya Prosedur memberi gambar sebaliknya, iaitu perpindahan tersebut sebagai suatu kekejaman kepada masyarakat Cina Komunis.

4. Gambaran suasana petempatan baru yang serba daif seperti pondok beratap kain/nipah & dipagar dawai berduri. Ditunjukkan juga bendera Union Jack, malah pegawai British berbangsa Cina digelar pengkhianat oleh talibarut Komunis (PKM) di dalam kem itu. Sebenarnya, Produser patut memberi gambaran yang lebih jelas seperti pegawai-pegawai tentera dan polis British ketika itu kebanyakan adalah askar Gurkha dari India dan Singapura.

B. PERWATAKAN BERELEMEN CINA KOMUNIS
5. Pada topi Gerila Komunis (PKM) ditunjukkan dengan jelas lambang Bintang Komunis, malah terdapat babak tidak logik ketika pegawai British bernama William berucap menggunakan B. Ingggeris disambut spontan oleh orang-orang Cina Komunis dengan aksi "ooooooh' walhal mereka tidak faham bahasa Ingggeris ,sebab itu mereka menggunakan penterjemah.

6. Filem ini menyelitkan dialog pegawai tentera British berbangsa Cina sebagai Pengkhianat dalam dua tiga kali insiden. Jika hendak dibandingkan dengan suasana sekarang, kelihatannya gambaran pengkhianat itu ditujukan kepada  MCA, wajah pegawai itu saling tak tumpah seperti wajah Dr. Chua Soi Lek badan berisi dan fesyen rambutnya. (hampir serupa ketika Dr. Chua Soi Lek muda di Universiti Malaya). Kami tidak jelas sama ada hal ini kebetulan atau memang dirancang?

7. Gambaran berlebih-lebihan dibuat untuk menunjukkan betapa Cina Komunis ini tersiksa di petempatan baharu seperti suasana malam ditunjukkan mereka sedang tidur bergelimpangan di atas tanah, ini tidak menggambar keadaan sebenar, ianya seolah-olah sengaja menunjuk penyiksaan dan derita yang mereka alami. Tujuannya sangat mudah iaitu supaya generasi muda Cina sekarang akan memberi belaskasihan dan bertambah benci kepada Kerajaan. 

8. Gambaran "We Are The Chinese" terserlah dalam filem ini dimana walaupun petempatan itu dikawal dalam pagar berduri, talibarut Komunis dalam kem itu masih menyeludup makanan dan ubatan kepada gerila Komunis.
 
9. Watak Ah Nam dalam filem ini adalah Watak Chin Peng yang dijulang sebagai Hero Malaya menentang Jepun dan menentang British. Ah Nam atau Chin Peng dijulang dalam filem ini sebagai Hero sebenar Malaya bukannya Tunku Abdul Rahman, Sarjan Hassan atau Leftenan Adnan!

10. Propaganda Filem ini ke arah "Good Komunis" atau "Ah Nam @ Chin Peng" adalah Pejuang Kemerdekaan sebenarnya terbukti apabila Prosedur "menyalahgunakan" peristiwa bersejarah Rundingan Baling, Rundingan Damai PKM 1989 dan Lawatan Tun Razak ke Chinauntuk membenarkan "KeHeroan dan Perjuangan Ah Nam@Chin Peng".

Digambarkan Kononnya Ah Nam@Chin Penglah yang berusaha memerdekakan Tanah Melayu melalui Rundingan Baling 1955. Digambarkan pula "Ah Nam@Chin Peng"lah yang membawa Keamanan kepada Malaysia melalui Rundingan Damai PKM 1989. Kejahatan Prosedur filem ini ialah apabila menggunakan Lawatan Tun Razak di China untuk menguatkan hujah filem ini bahawa Tun Razak pun mengiktiraf Komunis.

Soalan: Apakah Produser filem ini sudah menemui Profesor Ubaidullah, yang menjadi jurucakap semasa Lawatan Tun Razak ke Beijing? Apakah Profesor Ubaidullah akan bersetuju dengan pemaparan peristiwa Lawatan itu dalam filem Propaganda Komunis ini?

11. Propaganda yang sangat positif diberi kepada Chin Peng (Ah Nam) bahawa mereka masuk Hutan untuk menghalau penjajah Jepun dan British dari 'tanah air kita'. Mesej mereka ialah sama ada Jepun atau British mereka adalah penjahat, sebaliknya gerila Komunis diberi gambaran Penyelamat kepada orang Cina dari penjajahan Jepun dan British.

12. Saya melihat filem ini berjaya mengangkat Chin Peng dan Cina Komunis (PKM) sebagai Pejuang Sebenar kemerdekaan Malaya.

C. PENAMAT
13. Penamat story filem ini ialah Happy Ending dengan gambaran Alangkah Bahagianya kalau Ah Nam@Chin Peng balik ke "tanah airnya Malaysia" dan sembahyang di depan gambar bapanya dan ditunjuk betapa Malaysia yang aman sekarang adalah hasil perjuangan Cina Komunis (PKM) dan Chin Peng.

*Lagu tema "Perjalanan Yang Panjang" menggunakan saxophone dimainkan dua kali semasa di dalam gua dan ketika Ah Nam@ Chin Peng balik ke sekolah bertemu kekasihnya yang terpisah ketika zaman darurat. Lagu itu adalah lagu perjuangan Komunisme, saxophone adalah elemen Komunis dalam muzik dan lagu.

D. KESAN JIKA FILEM INI DITAYANG
14. Chin Peng dan Komunis Cina (PKM) akan dijulang sebagai Hero Sebenar Tanah Melayu mendapat Kemerdekaan, bukannya Tunku Abd. Rahman, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan, perajurit di Bukit Kepong, di Kalabakan dan sebagainya.

Filem ini adalah jawapan kepada filem-filem Patriotik seperti Bukit Kepong, Hati Malaya, Leftenan Adnan, Sarjan Hassan dan Tanda Putera. Filem ini adalah untuk mengubah sejarah negara ini dan mengubah persepsi generasi baru.

15. Dalam konteks moden, tujuan sebenar filem ini adalah untuk mengangkat DAP sebagai parti orang Cina sebenar, sebab itulah Lim Guan Eng merah padam mukanya apabila filem ini menjadi isu besar dan hendak diharamkan. DAP digambarkan sebagai pejuang orang Cina sebenar dan MCA digambarkan sebagai Pengkhianat. Apa sebabnya LGE marah sangat?

16. Di dalam filem ini juga, Tun Razak dan Tunku Abd Rahman diberi gambaran pemimpin yang hidup senang-lenang dan hanya menikmati kesenangan hasil perjuangan gerila Cina Komunis dan Chin Peng.

17. Di penghujung filem ini juga, diberi gambaran keamanan Malaysia hasil kesusahan, penderitaan dan pejuang gerila Komunis (PKM) dan Ah Nam@Chin Peng.

E. KESIMPULAN
18. Filem ini tidak boleh ditayangkan di Malaysia kerana fakta-fakta yang tidak tepat, menyalahgunakan peristiwa sejarah dan berpotensi membangkitkan kemarahan dan "amuk" pejuang-pejuang Melayu yang masih hidup ketika menentang kejahatan gerila Komunis (PKM).

19. Siasatan perlu dibuat bagaimana Lembaga Penapis Filem (LPF) boleh meluluskan penayangan filem ini pada bulan Ogos tanpa meneliti fakta-fakta songsang dan propaganda Komunis yang dimainkan dalam filem ini! Kita tidak faham apakah berlaku kes lepas tangan atau makan gaji buta.

20. Penerbit Filem ini Astro Shaw yang susurgalurnya Shaw Brothers perlu memberi penjelasan mengapa menerbitkan sebuah filem anti nasional, anti perpaduan dan anti sejarah negara! Pembikinan filem ini dibuat dalam keadaan sedar dan sengaja dibuat, tidak wujud kes terlepas pandang. Ianya jelas disengajakan untuk membina propaganda "good Komunis" kepada perjuangan gerila Komunis (PKM) dan Chin Peng!

21. Isu besar di sini ialah kesalahan Fakta Sejarah yang sangat terok,  penggunaan Muzik dan Filem untuk membenarkan Fakta baharu dan kesan-kesan negatif kepada "nation building" negara kita....Baca Lagi..KLIK

No comments:

Post a Comment