2 August 2013

Bonus RM500 Untuk Kakitangan Kerajaan Terengganu

mb-terengganuKerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian bonus khas RM500 kepada kira-kira 20,000 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri tahun ini, membabitkan perbelanjaan RM7 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan berita baik itu berkata bonus khas itu yang turut meliputi kakitangan badan-badan berkanun akan dibayar esok.
“Bayaran khas kewangan ini kepada kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dengan kos berjumlah RM3,397,500.
Ini tidak termasuk dengan kakitangan badan-badan berkanun di mana kita belanja hampir RM7 juta keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.
Menurutnya ia mengikut langkah kerajaan persekutuan memberikan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata kerajaan negeri tidak perlu mencari pengganti bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri kerana yakin timbalannya Mahdi Musa mampu menggalas jawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment