Tindakan kerajaan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dilihat sebagai bom jangka yang akan makan tuan.
Menerusi CCRIS itu, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan dalam kemudahan institusi kewangan seperti permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, sewa beli kenderaan dan rumah.
Kerana dasar PTPTN yang dianggap sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan keadaan kepada kerajaan khususnya pada PRU 14 nanti.
ketika ini peminjam sedang bergelut dengan kadar upah dan gaji yang rendah di samping dibebankan harga rumah dan kereta yang tinggi. Majoritinya graduan yang tamat belajar bekerja dengan kelayakan yang tidak sepatutnya. Keadaan ini dilihat golongan muda yang mempunyai kuasa memilih kerajaan terbesar akan memberontak dan melepaskan geram dengan tidak menyokong pembangkang sebagai tanda protes. Kerajaan sepatutnya mewujudkan mekanisma terbaik bagi menangani isu PTPTN.
Kadar muflis juga terus meningkat dari tahun ke tahun, dan antara golongan utama yang menjadi mangsa ialah golongan muda. BPO Tidak mempertikaikan tanggungjawab peminjam yang mampu dan berpendapatan baik untuk membayar semula hutang PTPTN.
Kebanyakan mahasiswa yang menggunakan kemudahan PTPTN merupakan merekatidak berrkemampuan dan yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana rendah.
Harapan kerajaan mencari dan bertindak bijak untuk menghadapi PRU 14, walapun perjalanan masih jauh, jangan luka meninggalkan parut keranan keranan kesilapan kerajaan kita sendiri dan lupa kepada perbuatan lama. Golongan muda perlu dijaga kerana perjalanan mereka masih jauh dan penentu haluan dan kerana mereka juga kita banyak hilang undi pada PRU 13 yang lalu.
No comments:
Post a Comment