Terengganu diharap bakal menjadi hab atau pusat rujukan gamelan dari seluruh dunia pada masa akan datang kerana seni muzik tersebut telah bertapak kukuh di negeri ini sejak lebih seabad lalu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kesenian gamelan bukan sahaja perlu dihargai kerana nilai sejarahnya, tetapi keunikannya termasuk dari segi alunan irama, melodi yang merdu dan mengasyikkan serta lenggok tari lemah gemalai menjadikan kesenian itu mencerminkan kreativiti, nilai serta paling penting berjaya menjelmakan norma serta jati diri masyarakat Melayu itu sendiri.
Menurutnya, jika menelusuri sejarah, seni gamelan hidup subur dalam lingkungan istana, namun trend kini telah berubah kerana ia mulai keluar dari lingkungan istana dan menemui rakyat kebanyakan.
“Menjadi tanggungjawab kita semua agar survival seni gamelan ini dapat diteruskan sampai bila-bila. Kita tidak mahu seni ini terbuang serta berkubur begitu sahaja kerana kita telah mampu menjaganya sejak sekian lama.

“Sebab itu, harapannya suatu hari nanti Terengganu bakal menjadi hab atau pusat rujukan gamelan dari seluruh dunia pada masa depan. Apabila disebut sahaja gamelan, semua pihak terbayangkan Terengganu, semua pihak akan menyebut nama Terengganu dan semua pihak akan merujuk kepada negeri Terengganu,” katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong ketika merasmikan Festival Gamelan Sedunia 2013 di Dataran Shahbandar.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multi Media negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Gamelan Sedunia 2013, Datuk Mohd Jidin Shafee dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, perkara itu bukan satu khayalan, malah ia merupakan suatu impian yang menuntut semua pihak berganding bahu menjayakannya dan menjadikan festival dwi tahunan itu sebagai titik mula.
Katanya, festival berkenaan merupakan langkah baik menjadikan seni gamelan terus menjengah dunia setanding dengan kesenian lain.

Menurutnya, melalui festival itu, orang ramai berpeluang menikmati ketiga-tiga jenis gamelan dunia, iaitu gamelan Melayu, gamelan Jawa dan juga gamelan Bali secara serentak dalam satu masa.
“Saya juga berasa amat bertuah kerana sekali lagi Terengganu berupaya menjadi tuan rumah kepada program yang amat berprestij serta program yang mempunyai nilai tambah seni dan budaya yang amat bermanfaat ini.
“Kehadiran ramai pencinta gamelan yang mewakili pelbagai kumpulan dari benua Asia, Oceania dan juga Eropah ini diharapkan mampu mengharumkan nama negara dan Terengganu khususnya di persada antarabangsa," katanya.

No comments:
Post a Comment