18 October 2013

PR tetap mahu kalimah ALLAH boleh diguna pakai oleh orang bukan Muslim di Malaysia

Apa dah jadi dengan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap pendirian kalimah ALLAH boleh diguna pakai oleh orang bukan Muslim di Malaysia. Kalu PAS tetap kekal dengan PR ini bermakna PAS juga sesat dan dimanakan matlamat PAS yang mahu perjuangkan Islam. PAS sudah boleh mintak 'cerai' dari PR. 

Sinar Harian melaporkan:

Isu kalimah ALLAH: Anwar tetap pendirian


Pada Isnin lalu, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan tidak membenarkan Herald menggunakan kalimah ALLAH dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.

BPO: Anuar yang sekular patut ditolak jadi pemimpin. Agama Islam pun dia nak jual, apatah lagi negara.

No comments:

Post a Comment