PRK DUN Sungai Limau: RM1.8 juta untuk pembangunan sekolah Cina
YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1.8 juta kepada tiga sekolah Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Ini membabitkan RM1 juta bagi pembinaan 12 bilik darjah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Aik Min, RM50 juta untuk baik pulih pagar di SJKC Pei Hwa dan RM750 juta untuk SJKC Yok Min di Sungai Limau Dalam.
Turut diumumkan peruntukan RM200,000 sebagai dana permulaan Tabung Pendidikan Masyarakat Cina Sungai Limau.
BH
No comments:
Post a Comment