10 October 2013

Berita terkini!!pesawat MASwing terhempas di Kudat, Sabah

Pesawat terhempas di Kampung Sinsan, Sabah.
Penerbangan Malaysian mengesahkan sebuah pesawatnya terhempas di Kudat jam 2.54 petang ini.
Pesawat MASwing Twin Otter yang terbang dari Kota Kinabalu menuju Kudat itu terhempas di Kampung Sinsan, Sabah.
Bernama pula melaporkan,  Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy Ramin berkata pesawat yang dinaiki 16 orang itu terhempas di Kampung Sinsan dan menyebabkan dua mangsa cedera parah.
  
"Panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.54 petang dan jentera bomba bersama 11 anggota tiba di tempat kejadian 21 minit kemudian.
  
"Kesemua 16 mangsa dalam pesawat tersebut berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Punca kejadian sedang dalam siasatan. Sementara itu, MAS mengesahkan hanya enam sahaja yang cedera daripada 16 penumpang kapal terbang itu.
Kesemua penumpang sudah dikeluarkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan yang perlu.
"Fokus kami sekarang adalah penumpang yang terlibat, anak kapal serta pihak-pihak yang berkaitan," kata jurucakap MAS dalam kenyataannya.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi MASwing, Ahmad Jauhari Yahya dalam perjalanan ke Kudat untuk menyelia situasi di sana.
Keluarga penumpang yang terlibat boleh menghubungi nombor telefon  +603- 78841234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. - 10 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment