Cuai, cuai itu sahaja yang boleh dianggap apabila berlaku kes yang sama. saban hari ada sahaja kes yang sama berlaku. ikuti beberapa kes yang telah berlaku. Yang terbaru ialah berlaku di K. Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut selepas dilanggar kereta yang dipandu oleh ibunya di Kampung Bukit Besar di sini awal hari ini.
Kejadian kira-kira jam 7.15 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa Faziah Yusuf, 35, cuba mengalih kedudukan kereta jenis MPV Proton Exora di garaj bagi memudahkan suaminya yang bertugas sebagai guru untuk keluar.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata ketika mengundurkan kenderaan ibu mangsa tidak menyedari anak bongsunya merangkak keluar dari rumah ke belakang kereta.
"Akibat perlanggaran itu mangsa Muhammad Faqih Mohd Fitri yang mengalami kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu bapa mangsa Mohd Fitri Ngah, 40, berkata mengalih kenderaan bagi memudahkannya keluar bekerja memang menjadi rutin harian isterinya.
Namun ketika isteri sedang mengundurkan kereta, anaknya itu, bongsu dari enam beradik merangkak keluar ke garaj kereta di hadapan rumah dan mereka hanya menyedari kejadian itu setelah mendengar teriakan dari jirannya.
"Mendengar teriakan itu saya bergegas keluar rumah dan melihat isteri telah memangku anak kami dan bergegas menghantar ke Hospital.
"Biasanya anak saya tidak pernah merangkak keluar rumah namun hari ini dia merangkak sehingga ke garaj kereta," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSNZ di sini.
- Bernama-
Budak Dilenyek Kereta Ibu, Badan Terlipat Dua
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
“Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.
Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.
Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
“Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.
Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.
Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
DISINI...jiran, Roslilawati Supardi, 42, menunjukkan lokasi budak terperosok di bawah kereta. Suami maut dilanggar Isteri |
KANGAR - "Ketika mak cik hidupkan enjin kereta, secara tiba-tiba kereta 'melompat' dan tanpa disedari merempuh suami yang kebetulan berada di hadapan selepas berbual."
Itulah dakwaan Che Su Hashim, 56, yang terlanggar suaminya, Salim Sidik, 58, sehingga menemui ajal ketika menghidupkan enjin kereta Perodua Kancil di hadapan rumahnya di Kampung Binjai, Utan Aji di sini pada pukul 7.45 pagi semalam.
Mayat suaminya ditemui di bawah kereta dalam keadaan tertiarap apabila menyedari ada benda tersangkut ketika hendak menggerakkan keretanya.
"Mak cik seperti nak pengsan apabila melihat suami mak cik berada di bawah kereta ketika hendak melihat apa benda yang tersangkut.
"Rupanya ketika dilanggar, dia (suami) sedang menggaul baja di hadapan kereta untuk ditabur ke sawah," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Menurut Che Su, sebelum memasuki kereta, dia sempat berbual dengan suaminya yang biasa akan ke sawah pada waktu itu.
"Tak sampai lima minit, mak cik lihat dia sudah hilang dan mak cik memang menyangka dia telah ke sawah sedangkan yang sebenarnya dia duduk di hadapan kereta dengan bajanya," ujarnya lagi.
Che Su berkata, melihatkan suami tertiarap di bawah kereta dan dia dalam keadaan cemas terus memanggil jiran untuk membantu.
Bagaimanapun, jelasnya, sebaik berjaya dikeluarkan dari bawah kereta, suaminya yang cedera di kepala sudah tidak bernyawa lagi.
Maut dilanggar kereta diundur bapa saudara
PEKAN 1 Ogos - Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini sudah tidak bermakna bagi seorang ibu apabila anak kesayangannya maut dilanggar kereta yang dipandu adiknya ketika mengundurkan kenderaan itu di Kampung Cenderawasih, Sungai Miang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang, Nur Alya Izati Abdul Kadir berumur satu tahun lima bulan disahkan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ibu mangsa, Khadijah Abdullah, 38, berkata, ketika kejadian dia membancuh susu di dapur manakala anaknya bermain di ruang tamu rumah.
"Ketika itu anak saya bermain seorang diri. Saya tidak pasti masa bila dia keluar rumah dan berada di belakang kereta itu.
"Saya hanya mengetahui kemalangan itu setelah terdengar jiran menjerit dan memanggil saya. Saya bergegas keluar dan dapati Nur Alya Izati sudah berada di bawah kereta," katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Khadijah memberitahu, dengan bantuan penduduk kampung, dia segera membawa anaknya ke Hospital Pekan untuk dirawat.
"Bagaimanapun kira-kira pukul 6 petang, anak saya terpaksa dipindahkan ke HTAA untuk mendapatkan rawatan berikutan keadaannya yang agak kritikal sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10 malam," katanya.
Menurut beliau, anaknya tidak menunjukkan perubahan sikap dan merupakan seorang kanak-kanak yang periang.
Katanya, Nur Alya Izati selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung tersebut pada pukul 3 pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, kanak-kanak itu yang tinggal bersendirian di ruang tamu keluar bermain di belakang kereta itu yang sedang mengundur.
"Bagaimanapun, bapa saudaranya yang berusia 22 tahun tidak perasan anak saudaranya ada di belakang kereta menyebabkan dia melanggar kanak-kanak itu sebelum jirannya menjerit memaklumkan kejadian itu," katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Oktober 2009- Kejadian berlaku di Kota Bharu, Seorang ibu terlanggar anak ketika berundur.
Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 1 di sini, maut selepas dilanggar oleh ibunya yang sedang mengundurkan kereta dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Gertak Kecupu di sini, semalam.
Macam-macam berlaku, jika di kronologikan memang banyak, kena lebih berhati-hati lagi weh.
No comments:
Post a Comment