31 October 2013

PRK DUN Sungai Limau: Pas terdesak,minta kerajaan naik subsidi padi

YAN: PAS meminta Kerajaan Pusat mempertimbang cadangan menaikkan subsidi padi daripada RM248.10 satu tan kepada RM372.10 satu tan bagi meringankan beban serta mengukuhkan ekonomi pesawah.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata kenaikan subsidi itu dijangka melibatkan RM200 juta setahun akan dapat memberi kelegaan kepada kira-kira 144,958 keluarga petani seluruh negara dengan keluasan bendang sekitar 300,000 hektar. 

"Kali terakhir subsidi padi dinaikkan ialah sekitar tahun 1990...dari RM164.40 setan kepada nilai subsidi terkini.

"Selepas lebih 23 tahun subsidi harga padi masih belum disemak semula. Jadi dicadangkan dinaikkan sebanyak 50 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Turun Bendang dan Doa Awal Musim Padi di Pulau Timbun dekat sini hari ini.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dan calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau pada 4 November ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment