Gambar Hiasan
sejak kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen awal September lalu, Harga ikan di negeri Terengganu naik sebanyak 30 peratus berbanding biasa.
Jika sebelum ini, harga udang naik sebelum Hari Raya Aidiladha iaitu sebanyak RM30 sekilogram berbanding harga biasa RM26. Harga sotong pula seperti biasa RM8 sekilo.
Bagi sekilogram harga ikan ikan cencaru dan selayang mencecah RM8 berbanding harga biasa RM6, ikan kembung dan ikan kerisi pula RM12, ikan aya (tongkol) RM10, tenggiri RM30, ikan merah (pucat) RM30 dan ikan merah (sumang) RM25.
Kerajaan perlu mencari mekanisma terbaik bagi membendung masalah ini kerana ia akan membebankan pengguna terutamanya golongan yang berpebdapatan rendah.
Walaupun kebanyakan nelayan mendapat subsidi diesel daripada kerajaan, tetapi ia masih belum mencukupi berbanding yang mereka gunakan untuk ke laut setiap hari. Sebab itulah harga ikan agak tinggi.
Menurut salah seorang peniaga ikan di Pasar Cabang Tiga,
“Sekarang kita belum dapat tahu lagi harga ikan selepas Hari raya Aidiladha ini sebab kebanyakan nelayan belum turun ke laut lagi. Jadi, harga terkini dan akan datang masih belum pasti.
No comments:
Post a Comment