27 October 2013

SUBSIDI GULA DIHAPUS UNTUK KAWAL DIABETIS, BAGAIMANA DENGAN GARAM UNTUK PENYAKIT DARAH TINGGI?

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa Sabtu lepas, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat pada Jumaat yang lalu.  Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa Sabtu (26 Oktober 2013).

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan. 

Selepas pada ini diharap pesakit akan menurun dengan mendadak kerana pengguna dah kurang kan beli gula. Harga gula meningkat dari RM2.50 kepada RM 2.84 dengan kenaikan sebanyak RM0.34 sen kerana kerajaan menghapuskan subsidi.

Berdasarkan statistik, 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. 

Bagaimanapun pendapat admin dan sumber, penyakit diabetis bukan sahaja disebabkan gula sahaja. Diataranya ialah:

Kurang Aktiviti Fizikal
Tidak aktif/bersenam berkait rapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Senaman dapat melindungi seseorang dari mendapat kencing manis iaitu dengan cara meningkatkan kesan atau sensitiviti insulin. Ini terjadi dengan mengurangkan berat badan melalui senaman.


Kegemukan
Kegemukan mempunyai risiko penyakit kencing manis yang tinggi. Berat badan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kesihatan kita sepanjang hayat. Orang yang gemuk pada amnya kurang sihat dan mudah terdedah kepada berbagai penyakit.

Faktor Pemakanan
Pengambilan makanan yang banyak lemak dan kurang serat mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kencing manis . Kekurangan zat makanan di peringkat awal umur seseorang itu juga boleh meningkatkan peluang yang sama. Walaubagaimanapun, kesan buruk dari pemakanan ini berbeza antara individu.


Faktor Keturunan

Kencing manis mempunyai kaitan yang kuat dengan pertalian kekeluargaan. Kajian keluarga dan kembar telah
membuktikan dengan kukuhnya peranan keturunan dengan penyakit kencing manis.

Faktor Lain
Antaranya ialah umur dan bangsa atau kumpulan etnik mempunyai hubungkait yang rapat dengan peningkatan risiko penyakit kencing manis. Umur yang lanjut dan etnik India mempunyai risiko yang tinggi terhadap kencing manis di Malaysia.


Alasan kerajaan untuk menaikan harga gula memang tidak tepat pada masa dalam masalah kso sara hidup yang semakin meningkat. Kerajaan menggunakan alasan menghapuskan subsidi atau  (bahasa psikologi yang digunakan kerajaan).

Untuk rekod, gula sudahpun mengalami kenaikan harga sebanyak 5 kali sejak :-

- RM0.20 sekilogram 1 Januari 2010


- RM0.25 sekilogram 18 Julai 2010


- RM0.20 sekilogram 4 Disember 2010


- RM0.20 sekilogram 10 Mei 2011

- RM0.20 sekilogram pada 29 September 2012


menjadikan harga runcit terakhir RM2.50 sekilogram


- RM 0.34 sekilogram pada 26 Oktober 2013

menjadikan harga gula RM 2.84 sekilogram (kerana kerajaan menghapuskan subsidi)


Bagaimana pula bagi penyakit darah tinggi?

Diantara faktor penyakit darah tinggi adalah pengambilan garam berlebihan.


Berita Harian Online bertarikh 9 Sptember 2013 melaporkan Lebih 50 peratus rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas dijangka menghidap penyakit darah tinggi menjelang 2025 berikutan amalan gaya hidup dan budaya pemakanan tidak sihat. Amat mengejutkan bila lihat lebih 50 %. Ini bermakna lebih separuh rakyat Malaysia berumur 40 tahun dijangka mengidap penyakit darah tinggi. Kerajaan sepatutnya menaikan juga harga garam agar rakyat Malaysia. 

Menurut Pengerusi Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr Chia Yook Chin, berkata berdasarkan kajian, hingga kini, (Berita harian 9 September 2013) negara mencatatkan seramai 4.8 juta penghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi. Agak mengejutkan bila tengok angkat 4.8 juta rakyat Malaysia, jika dibandingkan dengan 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes. jika dibandingkan dengan kadar penyakitr diabetis hanya 2.6 juta sahaja. Kedua-dua penyakit ini berbahaya kepada rakyat Malaysia.

Dan paling mengejutkan penyakit darah tinggi semakin meningkat dari setahun ke setahun.

Mungkin disebabkan harga garam murah dan dengan RM 1.00 atau lebik kita sudah dapat membeli 1 Kg garam.









No comments:

Post a Comment