Kejam..kejam itu yang boleh BPO ungkapkan oleh pelaku yang bertindak
merogol dan membunuh remaja perempuan dan remaja tersebut ditemui dikawasan
bendang di Alor Senibong, Alor Setar.
Sementara dua adiknya ditemui mati selepas mayat mereka ditemui di
Sungai Pekan Langgar.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd
Nashir Ya , mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan
separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang petang tadi.
Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.
Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi.
Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.
"Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. - Bernama

No comments:
Post a Comment