Baru sahaja rakyat dibebani dengan kenaikan harga gula dan petrol RON95 dan kenaikan tarif eletrik, kini kerajaaan mengumumkan bakal menaikan tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
BPO menyokong apa yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, mengibaratkan rakyat seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila ia bakal dialami pada tahun 2014.
Kerajaan perlu perlu menilai tahap prestasi jalan dan ciri-ciri keselamatan masih ditahap yang sama, pastinya amat tidak bermakna bagi rakyat jika kerajaan mahu menaikkan harga tol.
Dimanakah wakil rakyat yang dipilih rakyat setiap penggal membela nasib mereka? Jangan pula kerajaan menanam api kebencian kepada kerajaan kerana terpaksa menanggung kemudahan dengan harga yang tinggi. Dimanakah peranan kerajaaan membela nasib rakyat.
Kerajaan jangan hanya pandai berkata, ia tidak membebankan rakyat. Jangan hanya lihat kepada KDNK Negara sahaja. Kerajaan perlu menilai dan mengkaji kesusahan rakyat, terutama yang bergaji kecil dan berada di paras kemiskinan.
BPO berharap wakil rakyat yang dipilih perlu berani menyuarakan keluhan dan kehendak rakyat agar masa depan mereka terjamin. Kerajaan jangan hanya memberi alasan setiap kenaikan yang berlaku adalah untuk kesejahteraan rakyat masa depan. Masa depan belum tentu rakyat dapat menikmatinya, jika untuk anak cucu sekali pun, sekaranglah rakyat perlu mengecapi apa yang mereka mahu, bukan dimasa hadapan yang belum tentu lagi.
Nota: Ini adalah pendapat peribadi admin dan ia tidak menyalahkan mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment