Walaupun pelbagai cara dan kaedah dilakukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman pelajaran, namun masih ramai yang liat untuk melunaskan hutang berkenaan.
Antara usaha PTPTN adalah memberikan diskaun dan memperkenalkan sistem penukaran pinjaman tiga peratus kepada pembiayaan ujrah (satu peratus).
Bagi peminjam yang masih menganggur, penangguhan pembayaran semula selama dua tahun diberikan tetapi mereka perlu tampil untuk rundingaN.
Menurut peminjam yang ditemui, bukan mereka tidak mahu bayar, tetapi tidak mampu untuk berbuat demikian. Selepas sahaja tamat pengajian, mereka hanta mendapat kerja dengan gaji sekitar RM1200.
Tolak sewa rumah dan kereta, hanya tinggal duit untuk makan dan keperluan asas lain.
Rata-rata peminjam mengakui, mereka tidak berhasrat lari daripada menunaikan tanggungjawab membayar hutang namun terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu kerana tidak berkemampuan.
Sehubungan itu, mereka berharap pengurusan PTPTN tidak terus menghukum mereka ekoran kegagalan tersebut, sebaliknya membantu kerana ramai graduan terpaksa menganggur selepas tamat pengajian disebabkan kekurangan peluang pekerjaan.
Mariam Abdullah, 22, berkata, dia belum berkesempatan membayar pinjaman PTPTN walaupun sudah dua tahun tamat belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di ibu negara kerana kekangan wang.
“Bukan sengaja tak mahu bayar, tapi saya hanya bekerja sambilan dengan gaji bulanan kira-kira RM1,000 membuatkan saya tangguh dulu.
“Kami tiada pilihan, jika tidak membuat pinjaman menerusi PTPTN, mungkin saya tidak dapat menyambung pelajaran. Bukan tidak ada yang lain, tetapi tentulah syaratnya lebih ketat dan hanya universiti tertentu akan diberikan.
“Apa pun, hutang tetap akan dibayar cuma menunggu sehingga mendapat pendapatan tetap dan kewangan mencukupi,” katanya.
Sumber
No comments:
Post a Comment