JERTIH: “Saya tidak sangka bau busuk yang datang dari rumah sebelah adalah mayat kakak,” kata Adnan Kari, 43, adik kepada Samsiah, 45, yang meninggal dunia di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kampung Gong Berangan, Renek, di sini, akibat serangan jantung.
Mangsa, seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak ditemui Adnan kira-kira jam 2 petang semalam, selepas memecah masuk rumah kakaknya apabila mengesyaki kejadian buruk sebaik terhidu bau busuk.
Samsiah yang bekerja sebagai tukang gunting menetap seorang diri di rumah berkenaan yang terletak berhampiran kediaman Adnan dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu.
Adnan berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila tidak melihat kelibat kakaknya sejak dua hari lalu sebelum segera ke rumah mangsa untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, dia bertindak memecahkan pintu rumah selepas tiada jawapan daripada kakaknya walaupun sudah beberapa kali dipanggil.
“Sebaik berjaya masuk, lampu dan televisyen masih terpasang sebelum kakak ditemui terbaring di hadapan pintu dengan keadaan badannya yang sudah bengkak dan berbau.
“Sebaik berjaya masuk, lampu dan televisyen masih terpasang sebelum kakak ditemui terbaring di hadapan pintu dengan keadaan badannya yang sudah bengkak dan berbau.
“Saya percaya kakak cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan tetapi tidak sempat,” katanya sambil memaklumkan arwah kakaknya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa oleh adiknya selepas memasuki kediaman kakaknya.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan pegawai perubatan Hospital Besut Dr Aimi Liyana Othman mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
-MyMetro-
No comments:
Post a Comment