30 December 2013
Rompak Kedai HP, Seorang lelaki nyaris maut setelah ditembak seorang penjenayah
Seorang lelaki nyaris maut setelah ditembak seorang penjenayah dalam satu kejadian samun di sebuah kedai telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam dekat Kuala Besut di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Nor Hasmadi Mohd Noor, 29, terkena tembakan di bahagian perut apabila salah seorang daripada dua penjenayah terbabit melepaskan tembakan ke arahnya.
Penjenayah itu dipercayai bertindak demikian dalam usaha melarikan diri selepas motosikal yang dinaiki mereka dipegang mangsa sebaik merompak kedai telefon terbabit.
Menurut Nor Hasmadi, sebelum kejadian dia yang berada di dalam kedainya tidak jauh dari tempat kejadian telah melihat suspek dalam keadaan mencurigakan di hadapan kedai telefon itu.
“Kira-kira jam 2.55 petang, saya tak sedap hati apabila nampak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan meninggalkan motosikal dalam keadaan enjin dihidupkan, manakala tiada nombor pendaftaran dipamerkan di bahagian belakang motosikal.
“Saya hubungi salah seorang pekerja di kedai telefon itu, namun panggilan saya tidak dijawab menyebabkan saya tambah mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.
Pegang motosikal suspek
Nor Hasmadi berkata, kemudian dia bersama seorang rakan pergi ke arah kedai terbabit dan ketika menghampiri tempat kejadian, dua suspek berkenaan keluar sambil membimbit bungkusan besar dengan memakai topi keledar merah.
Katanya, suspek terus menaiki motosikal dan ketika itu dia tidak tahu lelaki itu memiliki pistol lalu menghampiri mereka.
“Ketika saya pegang motosikal suspek, salah seorang daripada mereka marah saya dengan mengatakan ‘mu jangan campur hal aku’ dan pada masa sama rakan saya yang berada berdekatan memberitahu suspek ada barang (pistol).
“Saya terus bertindak merapati suspek dan salah seorang mengeluarkan pistol lalu melepaskan tembakan ke arah saya,” katanya.
Bagaimanapun Nor Hasmadi bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat mengenai perutnya, sebaliknya terkena sisi menyebabkan calar kecil sahaja.
Dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan termasuk mangsa lain dalam kejadian tersebut.
Polis giat buru suspek
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi berkata, kejadian samun tersebut berlaku ketika tiga pekerja wanita di kedai telefon itu berada di kaunter dan telah didatangi dua suspek dipercayai bersenjatakan sepucuk pistol meluru masuk ke dalam kedai.
Menurutnya, suspek dikatakan mengarahkan pekerja memasukkan kesemua telefon bimbit yang dipamerkan di rak kaca ke dalam beg plastik yang dibawa.
“Sejurus kemudian suspek melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di hadapan kedai dan kejadian dilihat oleh seorang lelaki yang datang membantu namun, dia diacukan pistol dan suspek melepaskan satu tembakan ke arah mangsa.
“Mangsa hanya mengalami luka kecil di perut dan dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Besut,” katanya.
Kamaruddin berkata, mangsa tidak mengecam wajah suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan dan memburu kedua-dua penjenayah terbabit.
Katanya, jumlah kerugian dialami pemilik kedai tersebut masih dalam siasatan, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api.
sumber
Hot!! berlaku di Argentina: Pengantin lelaki hamil berkahwin
Bukan lagi pelik di Negara Barat...
Buenos Aires ( AFP) - Pengantin perempuan dilahirkan seorang lelaki. Pengantin lelaki telah dilahirkan seorang wanita. Dan apabila pasangan itu berkahwin Argentina Jumaat, ia adalah kali pertama di negara ini yang pengantin lelaki yang berkahwin mengandung.
Argentina pada tahun 2010 adalah negara pertama di Amerika Latin untuk membenarkan perkahwinan sejenis . Dan dua tahun kemudian, ia meluluskan undang-undang membenarkan transeksual untuk ID negara penyenaraian jantina yang mereka memperkenalkan diri mereka.
Oleh itu, apabila Karen Bruselario berkahwin Alexis Taborda di bandar timur laut Victoria, ia merupakan satu lagi langkah besar dalam perjalanan mereka bersama-sama selepas bertemu di Buenos Aires sebagai aktivis untuk transeksual dan transgender hak.
" Ia merupakan hari yang sangat emosi , unik, benar-benar istimewa kerana mimpi menjadi kenyataan untuk kita. Kami mempunyai perkahwinan sivil ," Taborda , 26, kepada AFP melalui telefon.
Langkah seterusnya mereka besar: Taborda , yang secara sah adalah lelaki kerana dia mengenal pasti diri dengan itu, ialah 36 minggu hamil , dengan anak pertama pasangan itu. Tidak mengadakan hubungan seks pembedahan tugas kembali .
Taborda dan Bruselario , 28, berkata mereka ingin berkahwin di sebuah gereja Katolik.
Jadi mereka menghantar e-mel kepada Argentina kelahiran Paus Francis mengenai kes mereka. Mereka masih belum menerima jawapan dari Paus .
Mereka mendakwa untuk menjadi pasangan pertama dua transeksual untuk berkahwin di sini yang tidak mempunyai pembedahan tugas kembali .
Taborda mengakui bahawa dia tidak berasa banyak naluri ibu walaupun dia sudah bersedia untuk melahirkan 22 Disember oleh seksyen Cesarean untuk seorang gadis pasangan itu mahu menamakan Kejadian Angelina.
" Ia benar-benar pelik untuk melihat Karen mati untuk berasa tendangan bayi atau mempunyai gejala saya ," katanya.
VERSI ASAL DALAM YAHOO NEWS
In Argentina, pregnant groom weds in a legal first
Buenos Aires (AFP) - The bride was born a man. The groom was born a woman. And when the Argentine couple wed Friday, it was the first time in the country that a groom tied the knot pregnant.
Argentina in 2010 was the first country in Latin America to allow same-sex marriage. And two years later, it passed a law allowing transsexuals to get national IDs listing the gender with which they identify themselves.
So when Karen Bruselario wed Alexis Taborda in the northeastern city of Victoria, it was another big step on their journey together after meeting in Buenos Aires as activists for transsexual and transgender rights.
"It was a very emotional day, unique, really special because a dream came true for us. We had a civil marriage," Taborda, 26, told AFP by phone.
Their next big step: Taborda, who legally is male as he self-identifies as such, is 36 weeks pregnant, with the couple's first child. Neither had sex reassignment surgery.
Taborda and Bruselario, 28, said they would like to marry in a Catholic church.
So they sent an email to Argentine-born Pope Francis about their case. They have yet to receive a response from the pontiff.
They claim to be the first couple of two transsexuals to wed here who have not had reassignment surgery.
Taborda admitted that he does not feel a lot of maternal instinct though he is ready to give birth December 22 by Cesarean section to a girl the couple wants to name Genesis Angelina.
"It's really weird to see Karen dying to feel the baby's kicks or to have my symptoms," he said.
Yahoo News
26 December 2013
”Saya tidak sangka bau busuk yang datang dari rumah sebelah adalah mayat kakak”
JERTIH: “Saya tidak sangka bau busuk yang datang dari rumah sebelah adalah mayat kakak,” kata Adnan Kari, 43, adik kepada Samsiah, 45, yang meninggal dunia di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Kampung Gong Berangan, Renek, di sini, akibat serangan jantung.
Mangsa, seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak ditemui Adnan kira-kira jam 2 petang semalam, selepas memecah masuk rumah kakaknya apabila mengesyaki kejadian buruk sebaik terhidu bau busuk.
Samsiah yang bekerja sebagai tukang gunting menetap seorang diri di rumah berkenaan yang terletak berhampiran kediaman Adnan dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu.
Adnan berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila tidak melihat kelibat kakaknya sejak dua hari lalu sebelum segera ke rumah mangsa untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, dia bertindak memecahkan pintu rumah selepas tiada jawapan daripada kakaknya walaupun sudah beberapa kali dipanggil.
“Sebaik berjaya masuk, lampu dan televisyen masih terpasang sebelum kakak ditemui terbaring di hadapan pintu dengan keadaan badannya yang sudah bengkak dan berbau.
“Sebaik berjaya masuk, lampu dan televisyen masih terpasang sebelum kakak ditemui terbaring di hadapan pintu dengan keadaan badannya yang sudah bengkak dan berbau.
“Saya percaya kakak cuba keluar untuk mendapatkan pertolongan tetapi tidak sempat,” katanya sambil memaklumkan arwah kakaknya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa oleh adiknya selepas memasuki kediaman kakaknya.
Katanya, hasil bedah siasat yang dijalankan pegawai perubatan Hospital Besut Dr Aimi Liyana Othman mendapati mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
-MyMetro-
24 December 2013
Kedai Emas di Jertih Kena Rompak
JERTIH – Sekumpulan penjenayah berjaya melarikan sejumlah barang kemas bernilai RM500,000 selepas menebuk dinding sebuah kedai emas di Jalan Bukit Mok Mek di sini, awal pagi semalam.
Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam kelmarin hingga 2 pagi semalam ketika kedai emas tersebut tidak beroperasi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu disedari pemilik kedai emas terbabit kira-kira jam 9.10 pagi selepas menerima panggilan daripada pemilik kedai plastik memaklumkan dinding kedainya yang terletak bersebelahan kedai emas telah berlubang dan terdapat kesan tebuk.
Menurutnya, mangsa mendapati peti besi tempat menyimpan barang kemas telah ditebuk sebaik tiba di kedainya kira-kira jam 9.20 pagi.
“Pelbagai barang kemas yang disimpan di dalam peti besi telah hilang yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM500,000 dan wang tunai RM3,000,” katanya.
Beliau berkata, kejadian tersebut dipercayai dilakukan oleh lebih daripada seorang suspek yang bertindak terlebih dahulu memecah masuk melalui sisip angin tandas bahagian belakang kedai plastik tersebut.
Kata Kamaruddin, suspek kemudian bertindak menebuk dinding dari dalam kedai plastik itu yang terletak bersebelahan kedai emas tersebut sebelum bertindak memecah peti besi dan melarikan barang kemas di kedai mangsa.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, mangsa, Rahimah Mohamed Nor, 50, berkata, ketika berada di kedainya kira-kira jam 3 petang kelmarin, dia telah didatangi dua lelaki berkulit cerah untuk menjual sebentuk cincin berlambang naga.
Bagaimanapun dia tidak membelinya setelah mengesyaki sesuatu apabila mendapati kedua mereka tidak begitu fasih berbahasa Melayu.
“Kemudian saya lihat dua lelaki itu pergi ke kedai barangan plastik bersebelahan,” katanya.
Menurutnya, selain barang kemas yang disimpan untuk dijual, dia turut kehilangan barang kemas yang ditempah oleh pelanggan selain wang tunai.
Difahamkan suspek sebelum itu telah mendaftar menginap di hotel berdekatan kira-kira jam 1 petang kelmarin sebelum pergi ke kedai emas itu kononnya untuk menjual cincin dan suspek mendaftar keluar pada jam 2 pagi semalam.
SUMBER
Terkini Mangsa Samun meninggal Dunia
Al-fatihah kepada Arwah Mak Cik Yam yang menjadi mangsa samun telah kembali mengadap ilahi jam 4 pagi tadi.
Dan harapn semoga penyamun yang menyamun tersebut mendpat balasan setimpal. Mangsa yang lemah selalu menjadi mangsa. Awas, berhati-hati kerana penjahat tidak kenal siapa mangsa mereka.
23 December 2013
Dr Juanda: Melayu pecah kerana 'gila kuasa'
|
22 December 2013
Lahir anak sebelum ke kelas
Gambar Hiasan
Beijing: Seorang penuntut tahun pertama universiti mengejutkan penduduk Kunming apabila melahirkan anak dalam tandas asrama sebelum menghadiri kelas.
Pelajar itu dilaporkan melahirkan anaknya dalam tandas kolej vokasional dihadirinya sekitar jam 6 pagi sebelum menghadiri kelas seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Tangisan bayi itu didengar pelajar lain yang terus mendapatkan bantuan guru.
Tidak seorangpun rakannya menyedari dia hamil, malah mereka percaya apabila dia mendakwa saiz badannya disebabkan sudah gemuk.
Pusat khas dibina di seluruh negara untuk mengekang masalah pembuangan bayi, namun masih ramai wanita memilih membuang anak dilahirkan luar nikah. - Agensi
PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung.
Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.
Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecahlebih RM70 bilion setahun.
Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar.
Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin.
Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.
Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula...Baca lagi
'Kamal Body' tumpas
KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu berjaya memberkas ‘Kamal Body’ iaitu suspek utama paling dikehendaki dipercayai terlibat dalam jenayah melarikan orang, dalam satu serbuan di sebuah chalet di Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan, malam kelmarin.
Susulan penangkapan suspek berusia 41 tahun yang diburu sejak Julai lalu itu, polis juga turut berjaya menumpaskan sindiket wang palsu.
Sindiket tersebut didalangi suspek bersama tiga lagi rakannya, masing-masing berusia antara 19 hingga 45 tahun, dengan rampasan wang palsu berjumlah RM81,000 yang dipercayai untuk digunakan dalam urus niaga dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, serbuan itu dibuat kira-kira jam 8 malam, selepas pihaknya menerima maklumat awal berhubung kewujudan suspek utama yang ketika itu difahamkan sudah menginap di chalet berkenaan, sejak empat hari lalu.
“Dalam serbuan itu, selain berjaya menemui wang palsu tersebut, kami turut merampas komputer riba dan beberapa buah mesin pencetak yang dipercayai digunakan untuk mencetak wang palsu berkenaan.
“Turut dijumpai bersama mereka, dua bilah keris dan sepucuk pistol tiruan serta satu dadah mampat dipercayai jenis ganja seberat kira-kira tiga kilogram (kg),” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, semalam.
Manoharan berkata, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek turut terlibat dalam jenayah pengedaran dadah paling aktif dan wang palsu yang dicetak itu dipercayai digunakan untuk urusan jual beli dadah.
“Bagaimanapun kami yakin, wang palsu berkenaan turut digunakan dalam urus niaga menipu orang awam kerana hasil siasatan mendapati, terdapat empat rekod laporan berhubung penerimaan wang palsu dilaporkan orang
awam di daerah Besut sejak belakangan ini.
“Jadi, di sini, orang awam yang mempunyai wang palsu atau pernah menerima wang palsu diminta tampil ke balai polis berhampiran memberi kerjasama bagi memudahkan siasatan,” katanya.
Jelas Manoharan, keempat-empat suspek kini direman untuk disiasat di bawah kesalahan kerana memiliki wang palsu; memiliki pistol mainan iaitu di bawah Akta Senjata Api dan memiliki dua bilah keris iaitu di bawah Akta Senjata
Berbahaya.
SUMBER
hot!! Penolong Kanan Terlampau
AYER KEROH - Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.
Tertuduh, Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.
Berdasarkan pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.
Bagaimanapun, Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan tidak bekerja. Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.
Selepas mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.
SUMBER
18 December 2013
Pemuda PAS lancar tabung kilat, guna akaun Dewan Pemuda PAS, baik guna akaun Mak Cik Yam Terus!
Pemuda PAS lancar tabung kilat, tapi yang BPO muskil guna akaun Dewan Pemuda PAS,sebaiknya wang sumbangan itu terus dimasukan dalam akaun mak cik yam. Macam ada kepentingan je.
Tahniah YB ADUN Jabi kerana menyuarakan suara hati Rakyat
Terlebih dahulu BPO nak ucap tahniah kepada YB ADUN Jabi yang membuat komen terbuka dilaman sosialnya mengenai rasionalisasi subsidi kepada rakyat. Niat beliau bukanlah ingin mencari publisiti. Bagi BPO keberanian yang dianggap luar biasa YB Adun Jabi adalah sesuatu yang rakyat mahukan. Itulah YB yang sebenar. Mendengar dan membela nasib rakyat di peringkat akar umbi. Inilah yang rakyat mahukan. Tahniah sekali lagi YB.
17 December 2013
Panas-panas!! aksi polis 'terlampau' tersebar
Video berdurasi satu minit enam saat itu disaksikan kira-kira 1,230 selepas dimuat naik sejak Sabtu lalu.
Bukan sahaja tersebar di Youtube malah ramai pengguna laman sosial berkongsi video berkenaan di laman sosail Facebook dan blog.
Video yang memaparkan seorang anggota polis dari Balai Polis Bayan Baru menahan tiga lelaki warga asing terbabit boleh dianggap keterlaluan apabila anggota polis berkenaan bertindak di luar batasan dengan menampar beberapa kali serta memaki hamun tiga lelaki yang ditahan berkenaan.
Difahamkan, kejadian yang berlaku di hadapan sebuah klinik di kawasan Queensbay itu berpunca apabila dua lelaki daripada tiga lelaki berkenaan cuba melarikan diri apabila diminta berhenti untuk diperiksa.
Menurut sumber, anggota berkenaan yang ketika itu bertugas dalam Operasi Ops Payung di kawasan berkenaan meminta dua lelaki berkenaan berhenti untuk diperiksa namun tidak diendahkan mereka.
Berang dengan tindakan dua lelaki berkenaan, anggota itu bertindak mengejar mereka menggunakan motosikal dan berjaya menahan mereka sebelum berlakunya aksi itu.
Difahamkan, akibat daripada perbuatan anggota itu, beliau kini ditukarkan ke Unit Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataannya di sini semalam berkata, Bahagian Tatatertib kontinjen negeri sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota dan pegawainya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan menjatuhkan imej PDRM.
“Arahan dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang.
“Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan,” katanya.
16 December 2013
Siapa nak bela nasib rakyat?
Baru sahaja rakyat dibebani dengan kenaikan harga gula dan petrol RON95 dan kenaikan tarif eletrik, kini kerajaaan mengumumkan bakal menaikan tol di 13 lebuh raya terlibat susulan perjanjian konsesi yang menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
BPO menyokong apa yang diperkatakan oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, mengibaratkan rakyat seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila ia bakal dialami pada tahun 2014.
Kerajaan perlu perlu menilai tahap prestasi jalan dan ciri-ciri keselamatan masih ditahap yang sama, pastinya amat tidak bermakna bagi rakyat jika kerajaan mahu menaikkan harga tol.
Dimanakah wakil rakyat yang dipilih rakyat setiap penggal membela nasib mereka? Jangan pula kerajaan menanam api kebencian kepada kerajaan kerana terpaksa menanggung kemudahan dengan harga yang tinggi. Dimanakah peranan kerajaaan membela nasib rakyat.
Kerajaan jangan hanya pandai berkata, ia tidak membebankan rakyat. Jangan hanya lihat kepada KDNK Negara sahaja. Kerajaan perlu menilai dan mengkaji kesusahan rakyat, terutama yang bergaji kecil dan berada di paras kemiskinan.
BPO berharap wakil rakyat yang dipilih perlu berani menyuarakan keluhan dan kehendak rakyat agar masa depan mereka terjamin. Kerajaan jangan hanya memberi alasan setiap kenaikan yang berlaku adalah untuk kesejahteraan rakyat masa depan. Masa depan belum tentu rakyat dapat menikmatinya, jika untuk anak cucu sekali pun, sekaranglah rakyat perlu mengecapi apa yang mereka mahu, bukan dimasa hadapan yang belum tentu lagi.
Nota: Ini adalah pendapat peribadi admin dan ia tidak menyalahkan mana-mana pihak.
15 December 2013
Kejam!! Wanita bisu parah dipukul
Kejam, memang kejam, itu sahaja yang dapat BPO katakan. Seorang wanita OKU parah dipukul dalam cubaan samun. Kejadi itu berlaku di FELDA Tenang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Mariam Yahya, 50an, yang cedera di bahagian muka dan beberapa anggota badan dikatakan menggagahkan diri pergi ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.
Menurut seorang peneroka, Mohamad Hassan, 43, berkata, banyak pihak mendakwa mangsa turut dipukul dengan objek keras oleh suspek yang datang ke rumahnya dan dipercayai mangsa pengsan sebelum sedar dan pergi meminta bantuan.
Menurutnya, mangsa yang merupakan anak kepada peneroka, tinggal seorang diri di rumah berkenaan selepas kematian ibu bapanya.
ementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurutnya, motif sebenar kejadian belum diketahui berikutan keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap, namun polis berusaha mengesan suspek.
Menurutnya, motif sebenar kejadian belum diketahui berikutan keadaan mangsa yang tidak boleh bercakap, namun polis berusaha mengesan suspek.
SUMBER
11 December 2013
Eksklusif: Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara sekolahkan ahli politik & keyboard warrior
Banyak pandangan dan teguran dan ada juga yang mengajar itik berenang. Tidak kurang juga yang menyindir kerajaan seolah-olah tidak prihatin dan membezakan dengan negara luar dalam pengurusan bencana.
Kini Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara sekolahkan ahli politik & keyboard warrior.
Kini Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara sekolahkan ahli politik & keyboard warrior.
Penduduk Hulu Besut bersiap sedia hadapi banjir
Penduduk di Hulu Besut sudah bersedia menghadapi banjir selepas paras air Sungai Besut didapati naik dan melimpah ke jalan selepas hujan turun tanpa henti sejak Ahad malam.
Tinjauan BPO di kawasan Hulu Besut mendapati kebanyakan kawasan rendah di beberapa kampung seperti Kampung La, Keruak, Belaoh, Pasir Akar dan Durian Telur yang terletak di pinggir Sungai Besut mula digenangi air.
Penduduk Hulu Besut yang sudah biasa menhadapi banjir pada setiap tahun sudah bersedia awal-awal lagi kerana sudah biasa dengan keadaan musim tengkujuh.
Setakat ini Jalan Jerteh-Hulu Besut mula dinaiki air di beberapa tempat terutamanya di Gertak Jerubun, Pasir Akar yang kini hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.
Walau bagaimanapun, tinjauan BPO air mulai surut setelah hujan mula reda pada sebelah petang.
.
macam-macam, Kambing Masuk Mahkamah
Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun.
Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri.
Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki.
Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.
Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing.
Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes.
Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu.
Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.
Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu.
Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi.
Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi.
TT
11.12.13 tarikh popular untuk berkahwin
Mumbai: Tarikh 11 Disember 2013 - 11.12.13 - kini menjadi hari paling popular untuk pasangan yang mahu mendirikan rumahtangga selepas 10.10.10 (10 Oktober 2010), 11.11.11 (11 November 2011) dan 12.12.12 (12 Disember 2012).
Malah, beberapa dewan di seluruh Mumbai sudah ditempah untuk hari paling bermakna itu.
Lucknow, 3,000 majlis kahwin akan berlangsung esok, berdasarkan keterangan beberapa perancang perkahwinan.
Di daerah Dadar, dewan Suryavanshi Kshatriya Dnyati Samaj menjadi tempat perkahwinan antara Mamta Ibrampurkar dan Shreyas Wadkar.
Mamta berkata: Saya dan tunang berazam untuk kahwin pada 11.12.13 selepas membaca laporan mengenai pasangan yang berkahwin pada 12.12.12.
Pada mulanya, keluarga mereka tidak begitu menyokong sebelum mengubah fikiran.
Pencetak kad perkahwinan, Joaquim D'souza mengakui terlalu sibuk untuk mencetak kad perkahwinan membabitkan tarikh tertentu.
Kami sudah mencetak kad membabitkan tarikh tertentu sejak 7 Julai 2007 (7.7.7) kerana ia dianggap detik istimewa, katanya.
Joaquim sudah mencipta kad jemputan khas 11.12.13 untuk pasangan Darshan Kakkar dan tunangnya, Sharon Bangera yang berkata semuanya adalah kebetulan.
Kami buat keputusan tahun lalu untuk kahwin sebelum 14 Disember kerana bapa saudara Darshan akan ke luar negara pada hari itu.
Pada ketika itulah kami mula merancang majlis dan mendapati tarikhnya 11.12.13, kata Sharon dan Darshan yang merancang perkahwinan itu berbulan lalu.
Tukang tilik, Kanika Khatwani berkata tarikh 11.12.13 merujuk kepada suasana romantik dan kasih sayang.
Seorang ahli perniagaan, Devesh Garg, berkahwin pada 10 Disember 2012 (10.11.12) menyebabkan dia mahu meneruskan tradisi tarikh unik menerusi adiknya, Garvit untuk berkahwin pada 11.12.13.
Jika seseorang itu berkahwin pada tarikh unik, ia menjadikannya lebih istimewa dan kenangan yang pasti diingati sampai bila-bila, kata Garg.
-AGENSI-
10 December 2013
Terkini!! Laluan Paka-Kerteh ditutup
KEMAMAN: Laluan utama dari Paka ke Kerteh di sini ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.
Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negara Ahmad Redza Arshad berkata jalan utama itu terpaksa ditutup selepas ditenggelami air kira-kira satu meter.
"Hujan lebat sejak 2 pagi di sekitar Dungun menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Air dari Bukit Bauk mengalir laju ke jalan, menyebabkan laluan di Durian Mentangau dilimpahi air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata beberapa kawasan di Marang dan Hulu Terengganu turut dinaiki air sedalam setengah meter, dengan penduduk diminta berjaga-jaga.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata beberapa kawasan di Marang dan Hulu Terengganu turut dinaiki air sedalam setengah meter, dengan penduduk diminta berjaga-jaga.
"Setakat ini masih di paras amaran, malah tidak ada penduduk yang dipindahkan," katanya.
Sementara itu, usaha Bernama untuk membuat liputan bantuan Felda kepada mangsa banjir bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih di Felda Seberang Tayor dekat sini terbantut selepas jalan Chukai-Air Putih yang menghala ke situ dinaiki air.
Tinjauan juga mendapati Jalan Sungai Pinang ke Kampung Sungai Pinang berdekatan bandar Kemaman turut dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. - Bernama
KEJAM!! Bayi baru lahir dibuang tepi longkang
Ipoh: Tergamak seorang ibu meninggalkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dalam keadaan bogel di Jalan Lapangan Perdana 9, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.
Bayi terbabit yang dipercayai baru dilahirkan ditemui pekerja binaan, Chong Lean Fatt, 48, jam 11 pagi ketika melalui jalan itu bersama dua rakan.
Lean Fatt berkata, bayi itu ditinggalkan di situ dalam keadaan tertiarap dengan badannya berada di atas jalan tar manakala mukanya di atas besi penutup longkang.
Sangka sudah mati
Mulanya kami menyangka bayi itu sudah mati kerana tidak bergerak dan senyap tetapi tidak lama kemudian terdengar tangisannya menyebabkan kami terus mencari kain bagi membalut tubuhnya itu.
Saya percaya bayi itu sudah lama menangis kerana ada mendengar suara seperti tangisan jam 10.30 pagi tetapi menyangka ia salakan anjing atau bunyi kucing.
Saya tidak sedap hati dan terus memeriksa dan mendapati ia bayi perempuan, katanya ketika ditemui.
Beliau kemudian menghubungi polis dan pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bersama dua rakan berkenaan untuk memberi keterangan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Tarmizi Abdul Haq, ketika mengesahkan kejadian itu berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan.
Bayi perempuan yang tidak dapat dipastikan keturunan dan kaumnya itu, ditemui masih bertali pusat dan cukup sifat serta dipercayai baru dilahirkan di tempat lain sebelum dibuang di belakang kawasan rumah kedai terbabit.
Tiada kecederaan pada bayi itu dan polis masih menyiasat berhubung kejadian bagi mengesan individu tidak bertanggungjawab membuang bayi berkenaan, katanya.
Berita Harian
9 December 2013
Hot, Wanita takut berasmara!!
Oldham: Ramai wanita biasanya takut dengan labah-labah tetapi warga tempatan, Sofia Birch takut melakukan hubungan seks, lapor media di sini semalam.
Wanita berusia 21 tahun ini bekerja di sebuah pasar raya menghidap ‘genophobia’ - merujuk kepada perasaan takut kepada hubungan fizikal lelaki dan wanita.
Juruwang berkenaan berkata, dia mengalami keadaan itu secara tiba-tiba sedangkan tidak pernah ada masalah dengan perkara itu ketika menjalin hubungan dengan teman lelakinya.
Birch mengakui takut akan hidup sendirian selepas teman lelakinya yang dikenali sejak kecil, Ian Barrow, memutuskan hubungan kerana hubungan asmara mereka terhenti lebih tiga tahun.
Sophia memberitahu akhbar Daily Star: “Saya mungkin tidak akan dapat menjalin hubungan lagi selepas ini.
Takut, tak selesa
“Hanya memikirkan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki menyebabkan saya takut dan tidak selesa.
“Saya menjalin hubungan seks seperti orang lain tiga tahun lalu apabila tiba-tiba saja saya tidak dapat melakukannya pada satu hari.
“Selepas beberapa tahun tidak melakukannya, Ian meninggalkan saya.
“Cuma, saya sekarang menaruh harapan untuk keadaan kembali seperti sebelum ini. Saya mahu berasmara semula,” katanya.
Birch berasa ketakutan untuk melakukan seks hingga tidak sanggup menonton adegan romantik dalam filem atau televisyen. - AGENSI
Wanita berusia 21 tahun ini bekerja di sebuah pasar raya menghidap ‘genophobia’ - merujuk kepada perasaan takut kepada hubungan fizikal lelaki dan wanita.
Juruwang berkenaan berkata, dia mengalami keadaan itu secara tiba-tiba sedangkan tidak pernah ada masalah dengan perkara itu ketika menjalin hubungan dengan teman lelakinya.
Birch mengakui takut akan hidup sendirian selepas teman lelakinya yang dikenali sejak kecil, Ian Barrow, memutuskan hubungan kerana hubungan asmara mereka terhenti lebih tiga tahun.
Sophia memberitahu akhbar Daily Star: “Saya mungkin tidak akan dapat menjalin hubungan lagi selepas ini.
Takut, tak selesa
“Hanya memikirkan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki menyebabkan saya takut dan tidak selesa.
“Saya menjalin hubungan seks seperti orang lain tiga tahun lalu apabila tiba-tiba saja saya tidak dapat melakukannya pada satu hari.
“Selepas beberapa tahun tidak melakukannya, Ian meninggalkan saya.
“Cuma, saya sekarang menaruh harapan untuk keadaan kembali seperti sebelum ini. Saya mahu berasmara semula,” katanya.
Birch berasa ketakutan untuk melakukan seks hingga tidak sanggup menonton adegan romantik dalam filem atau televisyen. - AGENSI
WhatsApp terus unggul
Persaingan aplikasi utusan atau messenger untuk telefon pintar kini kian meningkat. Malah BlackBerry juga melancarkan aplikasi BBM miliknya untuk platform iOS dan Android.
Namun dari banyak lambakan aplikasi messenger yang ada di pasaran, ternyata WhatsApp tetap mengungguli persaingan. Kaji selidik yang dijalankan oleh On Device terhadap 3.759 juta pengguna telefon pintar Android dan iOS.
Kaji selidik ini dilakukan di beberapa kawasan, di antaranya adalah Amerika, Brazil, Afrika Selatan, China dan yang terakhir adalah Indonesia.
Hasilnya menunjukkan bahawa populariti aplikasi WhatsApp kini lebih tinggi dibandingkan Facebook Messenger. Kaji selidik ini mendapati dalam seminggu pasti ada sebanyak 44 peratus pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding Facebook Messenger sebanyak 35 peratus.
Kaji selidik ini juga turut membuktikan sikap pengguna telefon pintar telah banyak berubah dari hanya menghantar sistem pesanan ringkas kepada menghantar pesanan melalui aplikasi messenger termasuk WhatsApp.
Namun hasil kajian ini masih tidak berapa lengkap kerana tidak dilakukan di negara lain seperti Eropah dan India yang mempunyai populasi pengguna telefon yang tinggi.
Hasilnya menunjukkan bahawa populariti aplikasi WhatsApp kini lebih tinggi dibandingkan Facebook Messenger. Kaji selidik ini mendapati dalam seminggu pasti ada sebanyak 44 peratus pengguna telefon pintar menggunakan aplikasi WhatsApp berbanding Facebook Messenger sebanyak 35 peratus.
Kaji selidik ini juga turut membuktikan sikap pengguna telefon pintar telah banyak berubah dari hanya menghantar sistem pesanan ringkas kepada menghantar pesanan melalui aplikasi messenger termasuk WhatsApp.
Namun hasil kajian ini masih tidak berapa lengkap kerana tidak dilakukan di negara lain seperti Eropah dan India yang mempunyai populasi pengguna telefon yang tinggi.
Subscribe to:
Posts (Atom)