Seperti yang dijangka, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kontrak Rajagobal tamat 31 Disember ini.
Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal. Keputusan dimumkan itu selepas ahli Exco FAM sebulat suara bersetuju untuk tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang mula membimbing Harimau Malaya pada 2009.
Sebelum ini, pemerhati dan peminat Harimau Malaya sudah hilang sabar dengan prestasi merudum Harimau Malaya sehingga ada dalam kalangan mereka mahukan Rajagobal dipecat atau berundur secara terhormat.
Bukan sahaja mencatat kegagalan dalam perlawanan persahabatan malah Rajagobal juga gagal memenuhi KPI (Indeks Utama Prestasi) FAM iaitu layak ke Piala Asia di Australia apabila pasukannya hanya menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan empat mata meskipun masih memiliki satu lagi perlawanan menentang Yemen Mac ini.
Sepanjang perlawanan kelayakan Piala Asia, skuad negara hanya berjaya mencatat satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan - satu rekod yang cukup memalukan.
Kemenangan itu direkodkan ketika Harimau Malaya menewaskan Yemen 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 pada 22 Mac lalu.

No comments:
Post a Comment