7 November 2013

Minta air sebelum rebah!

Minta air sebelum rebah

Pasir Puteh: “Nur Syazwani memaklumkan dia terlalu dahaga dan meminta air daripada saya sebelum kami bersama-sama masuk ke dalam dewan peperiksaan,” kata Nik Nadhirah Mohd Zain, 17.
Dia rakan karib Nur Syazwani Arifin, 17, yang rebah dan tidak sedarkan diri ketika menjawab soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Anis, di sini, semalam.
Menurut Nik Nadhirah, dia tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan arwah mungkin dahaga atau tidak sempat bersarapan pagi.

Katanya, ketika memasuki dewan peperiksaan arwah sempat berbisik supaya menjawab dengan tenang dan yakin.
“Rupa-rupanya itu pesanan terakhir daripadanya selepas kami masuk ke dalam dewan peperiksaan.
Harian Metro

No comments:

Post a Comment