19 November 2013

KERAJAAN KELANTAN TIDAK BERSEDIA LAKSANA HUDUD?


Sikap kerajaan PAS YANG berdolak-dalik dalam pelaksanaan hudud di negeri itu menunjukkan mereka sebenarnya belum bersedia. 

Kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bahawa persediaan kerajaan negeri dalam pelaksanaan hudud terhad kepada infrastruktur sahaja.

Mohd Amar juga dilapor  oleh akhbar sebagai mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011, belum pernah mengadakan mesyuarat kecuali empat pertemuan biasa bersama anggota.

Sebelum ini, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dilapor berkata mahkamah syariah Kelantan sudah bersedia untuk melaksana hudud jika kerajaan negeri menguatkuasakan undang-undang itu.

No comments:

Post a Comment