7 November 2013

42,887 kanak-kanak berjaya khatam sejak 2006

Gambar: Teganukita

Membanggakan, seramai Majlis Khatam al-Quran yang diperkenalkan kerajaan Terngganu berjaya mengkhatamkan 42,887 kanak-kanak seawal usia 5 dan 6 tahun di Terengganu sejak diperkenalkan sejak 2006.

Pada tahun ini 10,805 kanak-kanak pula berjaya khatam dan hampir setiap tahun jumlah itu sentiasa meningkatkan di mana, seramai 937 kanak-kanak berjaya khatam pada 2006, diikuti 2,010 kanak-kanak (2007); 2,660 kanak-kanak (2008); 2,660 kanak-kanak (2009); 6,246 kanak-kanak (2010); 7,930 kanak-kanak (2011); 9,639 kanak-kanak 2012.

Bilangan itu melibatkan kanak –kanak daripada empat tadika iaitu Yayasan Islam Terengganu (YIT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional (JPIN).

No comments:

Post a Comment