Al Fatihah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Kenak (sekarang Jabi), Setiu, Hassan Said,75, meninggal dunia kira-kira jam 8 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Allahyarham dimasukkan ke HSNZ Ahad lalu akibat cedera parah dan patah tulang rusok selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Balik Bukit, Jertih.
Allahyarham meninggalkan seorang balu ,Aiah Ahmad,70, serta lapan anak empat perempuan dan empat lelaki.
Hassan Said menjadi wakil rakayt di DUN Bukit Kenak (sekarang ditukar kepada DUN Jabi), selama dua penggal bermula 1982 hingga 1990 ketika Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
Menurut anak arwah, bapanya tidak pernah bersara dari politik, sebaliknya pada pemilihan parti Julai lalu arwah menang sebagai Ketua Umno Cawangan, Kampung Pulau Panjang,Jertih.
teganukita
No comments:
Post a Comment