24 November 2013

PERLANTIKAN ANUAR SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SAH!!


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap bertegas keputusannya menyenaraikan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara oleh kementerian itu adalah sah, Lapor Berita Harian Online.

Merujuk kepada pendirian Majlis Sukan Negara (MSN), Khairy berpendapat pelantikan Annuar tidak bercanggah dengan pergantungan 30 bulan yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap Annuar. 


Menurutnya, lantikan itu dibuat di bawah Akta Pembangunan Sukan yang memberikan kuasa kepada menteri memilih siapa saja dalam jawatankuasa yang ditubuhkan untuk kebaikan sukan.

“Mestilah saya tahu,” katanya merujuk kepada peruntukan yang menghalang individu yang digantung daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak. 
Beliau (Annuar) bukan digantung Akta Pembangunan Sukan tetapi di bawah Statut FAM, jadi bagi saya implikasi undang-undang tidak timbul.

“Jawatankuasa ini memberi pandangan dan input sebagai jawatankuasa penasihat kepada saya sebagai pengerusi. Bukannya jawatankuasa yang ada peranan operasi dan harian. Segala tugas operasi akan dikendalikan oleh Lim Teong Kim. 



“Ini tafsiran bola sepak. Kalau Annuar diminta bagi nasihat atau pandangan, adakah itu ditakrifkan sebagai aktiviti bola sepak? Aktiviti bola sepak ini mungkin sebagai pengurus pasukan, presiden persatuan yang terbabit secara operasi, tetapi ini bukannya operasi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Logo dan Lagu Tema NAAM (New Affirmative Action Movement) 2013 di sini semalam.

BH Sukan semalam melaporkan pelantikan itu tidak sah kerana Annuar masih menjalani hukuman penggantungan selama 30 bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM sejak 4 April tahun lalu kerana melanggar Artikel 88 dan hanya boleh kembali aktif September tahun depan.



No comments:

Post a Comment