15 November 2013

Dicopy Paste dari rakan bloger 


Laaa... ingatkan taukehnya India atau mamak... rupa-rupanya AH PEK!!!

Sebelum ini muncul cerita tentang KEPALA TAIK yang dimasukkan ke dalam makanan yang merupakan sebahagian daripada amalan sihir. Entah betul, entahkan tidak tetapi cerita berkenaan cukup popular sehinggakan ada yang mengaku saksi, dirasuah RM8000 untuk tutup cerita.

Hari ini, restoran Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih dikenali sebagai Vanggey yang cukup terkenal di Ipoh, telah diarahkan tutup oleh PEJABAT KESIHATAN DAERAH KINTA kerana kotor dan disyaki tidak suci.


Gerai nasi kandar itu hanya menyewa di Kedai Kopi Yong Suan, telah diarahkan tutup bermula hari ini selama EMPAT BELAS HARI. Sudah banyak rungutan dan laporan dibuat berhubung tahap kebersihan di restoran berkenaan terutama sekali pada bahagian belakang tempat membancuh minuman.

Tidak pula dapat dipastikan sama ada arahan penutupan berkenaan ada kaitan dengan KEPALA TAIK atau sebaliknya. Namun yang pasti, ia mempunyai kaitan dengan kekotoran yang boleh dilihat di restoran berkenaan!

No comments:

Post a Comment