Hari Pertama Sebagai YB, Tengku Zaihan Jumpa Orang Ramai Di Pasar Kuala Besut
Selepas dua belas jam bergelar Yang Berhormat, Tengku Zaihan Che Ku Rahman,37, turun padang dengan memilih lawatan ke Pasar Kuala Besut, untuk menemui rakyat dan membeli belah.
Tengku Zaihan ditemani isterinya,Salbiah Othman,34, keluar dengan sebuah kenderaan dan bergegas ke pasar berkenaan yang menjadi tugas pertama selepas bergelar wakil rakyat.
Tengku Zaihan mewakili Barisan Nasional (BN) yang diumumkan pemenang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Pas, Endut @ Azlan Yusof memulakan tugas pertamanya berjumpa penyokong di pasar berkenaan.
Sebaik tiba di pasar itu beliau dan isteri beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga yang menjalankan perniagaan di situ.
Katanya,walaupun masih dalam keadaan penat dan tidak cukup tidur beliau berusaha sedaya upaya untuk menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat malam semalam.
“Selepas ini saya akan menziarah seorang penduduk di Kampung Gong Nering,Kuala Besut yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi,” katanya ketika di temui.
Mengulas kejayaan dipilih menjadi wakil rakyat beliau berkata, ia berkat sokongan dan kesungguhan jentera parti selain pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Saya nak ucap terima kasih kepada semua pemimpin BN yang turun padang membantu saya ketika kempen pilihan raya selama 12 hari,” katanya.
Tengku Zaihan juga puas hati sokongan golongan muda yang turut membantu beliau mencapai kejayaan pada PRK Dun Kuala Besut itu.
Malah,manjoriti tambahan yang diperolehinya juga hasil sokongan golongan berkenaan selain serta keluarganya yang sebelum ini memihak kepada pembangkang.
No comments:
Post a Comment