9 July 2013

DEBARAN PENGUMUMAN CALON PRK DUN KUALA BESUT

Debaran pengumuman calon oleh kedua-dua parti semakin terasa, calon akan menentukan undi sama ada BN atau PAS..


BN akan mengumumkan calon pada program jamuan rakyat oleh TPM pada petang ini jam 2.00 petang. Manakala PAS akan mengumumkan calon pada malam tersebut selepas selepas solat terawih pertama.

Pegawai Agama Daerah Dungun, Nik Zuhaiza Ismail, antara calon BN yang menjadi sebutan bakal dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Namun dari teman rapat admin, Pegawai agama Daerah Dungun itu menolak jika dicalonkan untuk bertanding PRK Kuala Besut.


Bendahari Pas Kawasan Besut,  Azlan Endut@Yusof  dikatakan berada dalam carta tertinggi parti itu untuk dipilih menentang calon BN. Walau bagaimanapun nama yang paling disebut-sebut akan menjadi calon adalah nik zawawi Datuk Nik Zawawi Nik Salleh iaitu Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat. Beliau pernah menjadi ADUN Hulu Besut pada tahun 1999-2004.

Apa pun kita tunggu calon yang akan diumumkan nanti.

No comments:

Post a Comment