25 July 2013

DUN KUALA BESUT SAH MILIK BN

tg zaihan menang


BN mempertahankankerusi DUN Kuala Besut dalam pilihan raya kecil hari ini dengan meraih majoriti yang lebih besar iaitu 2,592 undi.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN dengan menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, memperolehi
[8288 ] undi menewaskan calon PAS, Endut@AzlanYusof, 48, dengan [ 5956] undi.

Berlaku pertambahan majoriti sebanyak 158 undi, walaupun jumlah keluar mengundi merosot kepada 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di DUN berkenaan.

Pada PRU 13, jumlah keluar mengundi sebanyak 87 peratus.
Pada pilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua lapan peti undi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlahitutermasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Dalam PRU 13, Mei lalu, pengundi DUN Kuala Besutmemberi 8,809 undi kepada arwah Dr. A. Rahman Mokhtar dan memberi 6,375 undi kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434.

Keputusan rasmi PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh di Kompleks RakanMuda Besut, sebentar tadi.

Calon BN meraikan kemenangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin; Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Pengumuman kemenangan Tengku Zaihan calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.

Kuala Besut yang terkenal dengan perkampungan nelayan mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Menurut rekod PRU-12 (2008), jumlah majoriti yang dimenangi A. Rahman itu sedikit merosot berbanding 2,631 undi apabila mendapat sebanyak 7,123 undi manakala calon Pas, Nik Zawawi Salleh hanya memperoleh 4,492 undi.

Pada PRU-11 (2004); calon BN, Abdullah Che Muda juga menang dengan majoriti 2,027 undi tetapi seorang lagi calon BN, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman kalah kepada calon Pas dengan perbezaan 487 undi pada PRU-10 (1999).

Keputusan penuh PDM Peti Undi (TidakRasmi)

Pulau perhentian – BN 454 / PAS 179 Maj. 275

Seberang barat – BN 805 / PAS 452 maj. 353

Kg. Nail – BN 822 / PAS 523 maj. 299

Seb. Barat luar – BN 1590 / PAS 821 maj. 769

Toksaboh – BN 1534 / PAS 959 maj. 575

Kg. Nangka – BN 524 / 510 maj. 14

Kg. Baru – BN 1006 / PAS 979 maj. 27

Bkt. Puteri – BN 967 / PAS 946 maj. 21

Undiawal – BN 582 / PAS 319 maj. 263

Undipos – BN 9 / PAS 0 maj. 9
BN MENANG DENGAN MAJORITI 2605 UNDI

No comments:

Post a Comment