Kalau pengundi BN Macam Kambing, Pengundi PAS macam apa? itulah yang dikatakan oleh penceramah PAS Dato’ Nasuruddin Daud (ADUN Pas Meranti, Kelantan) yang gaya ala-ala kambing gurun semasa berceramah. Dia berkata dalam satu siri ceramah PRK Kuala Besut.
Dalam ceramahnya di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut, beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz Nusuruddin Kambing berkata, kalau ada yang beri ayam atau kambing (merujuk kepada bantuan BN) heret kambing itu.
Wakil rakyat pas yang bergelar ustaz boleh berkata demikian dan menyamakan saudara seagama sebagai kambing, itukah yang parti yang dikatakan memperjuangkan Islam?
Beberapa penduduk ketika ditemui amat kecewa dan sedih dengan kenyataan beliau. Ini kerana, sebagai pengundi yang berhak memilih kerajaan yang dikehendaki, tindakan seorang Ustaz melabelkan mereka “bodoh seperti kambing” menunjukkan PAS sendiri tidak mengamalkan demokrasi malah memperlekehkan dan menghina mereka yang memilih Barisan Nasional demi kemajuan Kuala Besut.
BN sebelum ini telah memenangi N01 dalam PRU13 dengan majoriti yang tinggi dari pengundi-pengundi Kuala Besut dan harapan PRK kali ini BN menang dengan majoriti lebih besar.
No comments:
Post a Comment