23 July 2013

17 PERKARA tentang calon PAS PRK DUN Kuala Besut

17 PERKARA tentang calon PAS PRK DUN Kuala Besut, Che Long yang terdedah.
1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :
a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd
2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.
3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli UMNO di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di DUN Kuala Besut.
4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.
5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong PAS di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.
6) Husam juga telah cantas YB Satiful Bahri yang pada awalnya telah diumumkan untuk mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.
7) Kempen dari PAS pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan dan sebahagian jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.
8) Kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon.
9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.
10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.
11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam
12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada PAS Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.
13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK DUN Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.
14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.
15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.
16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.
17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengeluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun.
Tambahan
18) saman yang tertunggak tu bila nak bayar?

No comments:

Post a Comment