Tempoh
berkempen yang tidak sampai sehari je lagi diharap pengundi DUN Kuala besut
bijak dalam memilih wakil rakyat mereka. Pengundi juga diharap tidak
mensia-siakan peluang dan mengulangi sejarah tahun 1999 dimana PAS memerintah
Terengganu dan ketika itulah pengundi baru tahu temberang PAS yang hanya pandai menabur berjanji.
BN
telah membuktikan membawa pembangunan di Terengganu khususnya di Kuala Besut
amnya. Banyak perubahan yang telah dibawa ke Kuala Besut dimana terkenal
sebagai hub pelancongan terkenal iaitu Pulau Perhentian. BN telah mengubah DUN
Kuala Besut menjadi maju dengan infrastruktur seperti pusat perniagaan, stesen
bas, jeti pelancongan dan bermacam-macam lagi. Tambahan pula pembinaan
pangsapuri dan perumahan kos rendah di Kg Gong Tengah bagi menempatkan penduduk
Kuala Besut.
Keupayaan BN jelas terbukti dengan
menepati janji dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat sama ada
menerusi prasarana yang dibina, mahupun bantuan secara langsung. Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah memperuntukkan RM4.4 juta sejak
2010 hingga kini untuk menaiktaraf prasarana pembangunan luar bandar di kawasan
DUN Kuala Besut. Diantaranya ialah 28 projek seperti menaik taraf
dan melebar jalan kampung, membina gelanggang permainan, membaik pulih balai
raya, perparitan dan pencegahan banjir serta pembinaan unit rumah.
BPO berharap pengundi di DUN Kuala
Besut supaya tidak terlalu taksub dengan fahaman politik dibawa sesetengah
pihak kerana ia hanya akan memecah belah masyarakat.
Kerajaan telah pun meluluskan
projek untuk faedah rakyat iaitu mendalamkan muara sungai Besut
untuk kepentingan nelayan bernilai RM250 juta dan terbarunya Empangan Lowvier
bernilai RM35 juta untuk para petani, khususnya penamam padi di Pengkalan
Nangka dan sekitarnya. Projek ini akan
menjadikan pekan Kuala Besut lebih maju dan terkenal, pusat-pusat perniagaan
baru dan lain-lain kegiatan ekonomi akan membawa peluang pekerjaan kepada
penduduk Kuala Besut. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
merasmikan projek perumahan rumah mampu milik di Kampung Lay Out Tok Saboh
untuk penduduk berpendapatan rendah, tidak berkemampuan dan miskin, satu lagi
kebangaan kepada orang Kuala Besut.
Bagi
sektor pendidikan sebuah sekolah baru akan di bina di Kg Alor Peroi bernilai
RM28 juta
bagi menempatkan pelajar dikawasan sekitarnya. Dengan adanya kemudahan
itu, pelajar tidak perlu berulang-alik dengan jarak yang jauh dan meringankan
beban ibu bapa mereka menghantar anak mereka.
Harapan BPO pengundi menghargai jasa-jasa kerjaan yang banyak
membantu mereka dalam mensejahterakan rakyat khusunya di DUN Kuala Besut.
No comments:
Post a Comment