Seramai
1,148 tentera dan polis serta pasangan mereka hari ini menunaikan tanggungjawab
mengundi awal sempena PRK Kuala Besut di Pangkalan Udara Gong Kedak.
Anggota
tentera dan polis mula menunaikan tanggungjawab mereka seawal jam 8.00 pagi di
pusat pengundian di Dewan Serbaguna, Pangkalan Udara Berkenaan.
Pengundian
awal itu membabitkan 2 saluran. Sehingga jam 11.30 pagi tadi dan peratusan keluar
mengundi adalah sekitar 55 peratus sahaja. Proses keluar mengundi agak perlahan dan selebihnya dijangka keluar selepas waktu kemuncak.
Proses
mengundi awal itu dikawal rapi anggota polis dan dipantau oleh petugas Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
No comments:
Post a Comment