31 July 2013

Kalimah Syahadah Terbalik Dicetak Pada Iklan Courts Mammoth

Kalimah Allah dicetak terbalik oleh sebuah syarikat jualam perabot dan baragan eletri. Perkara tersebut secara sengaja atau kesilapan teknikal? Ikuti kisahnya..
Sebuah syarikat jualan perabot dan barangan elektrik, Courts Mammoth, di Kuantan sudah menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.
Jurucakap Courts Mammoth berkata, pengedaran dihentikan setelah mendapat maklumat daripada cawangan di Dungun, Terengganu dan kunjungan siasatan Jabatan Agama Islam Daerah Dungun berkaitan perkara tersebut.
Menurutnya, selepas mendapat maklumat mengenai percetakan kaligrafi kalimah tersebut, Courts Mammoth cawangan Kuantan segera menghentikan pengedaran kepada orang ramai Baca lagi..




Lelaki Gila Seks

Seorang lelaki gila seks ditahan bukan sahaja kerana menyamun seorang suri rumah, malah memaksa wanita itu melakukan seks oral di rumah mangsa di Pagoh pada 16 Julai lalu.
Suspek berusia 28 tahun ditahan dalam serbuan pukul 10.40 malam di sebuah rumah di Kluang pada 25 Julai lalu oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian tersebut suspek memecah masuk rumah mangsa berusia 21 yang ketika itu bersama anaknya berumur setahun sebelum menyamunnya sebanyak RM250.
“Suspek meletakkan pisau di leher mangsa dan memaksanya melakukan seks oral. Selepas itu, suspek melarikan diri dan mangsa kemudian membuat laporan polis. Bertindak atas laporan itu, polis menahan suspek pada 25 Julai lalu.
“Dalam serbuan itu, polis merampas sebuah beg tangan dan empat unit telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar dan video klip lucah. Kita masih siasat tujuan bahan-bahan lucah itu disimpan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Azman berkata, semasa kejadian tersebut, suami mangsa tiada di rumah dan siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan dia direman sehingga esok.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 dan 379 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan Seksyen 377 (c) akta yang sama kerana memaksa mangsa melakukan seks oral.

30 July 2013

PELIK TAPI BENAR, KERJA MENGUTIP MAYAT

Percaya atau tidak mencari mayat telah menjadi rutin harian seorang lelaki bernama Wei Xinpeng. Dia telah bertahun-tahun melakukan pekerjaan tersebut dengan tekun meskipun kedengaran sangat aneh.
Wei Xinpeng, lelaki separuh umur yang biasa memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, seperti diungkapkan oleh portal berita BBC, kerap memulakan aktivitinya dengan melepak sambil merokok di tepi sungai kuning. Matanya tetap tajam mengamati aliran Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah korban kecelakaan, dibunuh, atau pun bunuh diri.
Lelaki berusia 55 tahun itu seperti telah hafal betul aliran sungai Kuning, dan dia faham dengan melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual penemuannya (mayat) itu ke ahli keluarga mangsa. “Saya memberi penghargaan kepada si mayat,” ujarnya seperti dilansir BBC.


Wei mengaku telah mengumpulkan lebih 500 mayat dari dasar sungai. “Orang-orang ini mati dengan cara menyedihkan,” ujar Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tidak dibawa arus. Mayat-mayat beragam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil itu ada empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Dia menyebut ciri fisikal mayat itu, sehingga ahli keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, ahli keluarga si mayat akan menelefon Wei, dan meminta dihantarkan ke tempat dia menyimpannya.
Wei membawa ahli keluarga si mayat ke teluk kecil itu. Dia membalikkan tubuh si mayat agar wajahnya dapat terlihat. Jika ahli keluarga si mati ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang (sebangai penat lelahnya) lebih dari US$500, Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. Tapi kadang2, keluarga si mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemui Wei. “setelah Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” ujar Wei.
Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secara pantas. Soalnya, pemerintah akan membiarkan mayat yang ditemuai membusuk tanpa melakukan apapun. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. Dia pun berkisah. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemui mayatnya. Sangat menyakitkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” ujar Wei. Putra Wei sampai sekarang belum ditemui.

FILEM KOMUNIS 'THE NEW VILLAGE' HINA ASKAR MELAYU DIRAJA!!!


Langkah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menangguhkan terlebih dahulu tayangan filem komunis berjudul THE NEW VILLAGE, memang tepat pada masanya. Filem tersebut tidak sahaja menjadikan komunis sebagai hero dan berbohong kononnya komunis juga memperjuangkan kemerdekaan negara ini, tetapi juga cuba menerapkan idea kononnya, kampung-kampung baru yang dibina oleh British untuk menempatkan penyokong, dan chinabeng yang lain sebagai 'TANAH MEREKA', bukannya mereka menumpang di atas tanah hasil belas kasihan Sultan-Sultan Melayu.

Anehnya, ada budak-budak Melayu yang berfikiran 'baru' kononnya, terpedaya dengan taktik tersebut dan beranggapan kononnya ia tidak RASIS dan memang patut padan kerana Komunis juga adalah pejuang negara!

Pejuang negara kepala opah dia!

Penghinaan  yang dibuat oleh penerbit, penulis skrip dan pengarah filem tersebut ke atas orang Melayu dan Islam di negara ini, begitu ketara. Selain menjadikan seolah-olah Tanah Melayu pada waktu itu hanya berkerajaan British dan orang Melayu hanyalah pecacai yang berasal dari Sumatera dan menduduki negara ini sama seperti mereka, chinabeng yang terdesak untuk menaikkan nama komunis juga menipu fakta sejarah tentang Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang merupakan sebahagian daripada 7 Wasiat Raja-Raja Melayu.

Wasiat Raja-Raja Melayu yang ke 3:
'Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;'
Dalam filem New Village, admin keliru sama ada pengarah ini betul2 tahu tentang sejarah atau tidak. Cap badge yang dipakai di beretadalah cap badge Askar Melayu, mana ada bangsa selain Melayu yang boleh masuk Askar Melayu!!!! Ini satu penghinaan!
Satu lagi, waktu dulu askar melayu tak pakai beret, dia pakai songkok! yang pakai beret cuma Special Constables. Nak kata dalam ni Special Constable pon tak boleh sebab tali pinggang SC warna hijau bukan biru!
Adakah pengarah Wong Kew Lit cuba memutar belitkan sejarah??? Atau memang xtau tentang sejarah?? Kalau prop seperti baju/pakaian pon tak betul,ada hati nak buat filem tentang sejarah!!! Kepala hotak dia lah!
KDN dan MENHAN Please take Note!!!! (SUMBER FACEBOOK)

Cikgu, Jangan Marah Saya!!

'Cikgu, jangan marah saya'


 “Cikgu, jangan marah saya, nama saya Noraini..kaki saya macam ni..” kata Siti Nooraini Abdullah, 5, sambil menunjukkan kedua-dua belah kakinya yang cacat itu apabila dimarahi gurunya jika tidak menyiapkan kerja sekolah.

Menurut gurunya, Haidatul Azila Johar, Siti Nooraini, tidak pernah kering gusi bercerita apabila diajukan soalan, dia antara kanak-kanak yang ceria di dalam kelas dan amat cerdas, walaupun dirinya dilahirkan serba kekurangan.

Kaki kirinya mengerekot, sebelah lagi mereput dan kudung sejak lahir manakala, lima jari tangan kanannya turut kudung sejak kecil.

“Walaupun tidak boleh berjalan, dia tak susahkanguru apabila hendak ke tandas, dia pandai urus diri sendiri, termasuk apabila buang air.

“Alhamdulillah, Nooraini budak pintar dan kita harap dia akan terus membesar dengan baik sehingga mencecah alam remaja dan dewasa nanti,” katanya ketika ditemui di Mydin Mall pada program membawa anak-anak yatim
dan kurang berkemampuan membeli persiapan Hari raya Aidilfitri.

Program itu dianjurkan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun.

Nooraini juga tidak putus-putus menceritakan mengenai baju rayanya itu dan memilih warna hitam sebagai warna yang diminatinya.

Dia kelihatan cukup teruja apabila dibawa bersama 38 kanak-kanak lain dari Pra Sekolah Pendidikan Khas, Pendidikan Khas dan Sekolah Kebangsaan Sultan Omar membeli belah di Mydin Mall.

“Memandangkan keluarganya juga kurang berkemampuan, kadang-kadang apabila balik sekolah, saya sengaja bawa dia balik ke rumah memandangkan saya juga ada anak sebaya Siti Nooraini, tetapi hari Khamis dan Jumaat
saya biarkan dia pulang ke rumah neneknya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaannya yang tidak seperti kanak-kanak lain dan terdapat kanak-kanak nakal sebayanya yang mengganggu dan mengejek dirinya, Nooraini yang kelihatan masih belum mengerti mengenai apa yang
dialaminya itu hanya mengangguk dan mengiakan sahaja.

“Fadhil, Haikal, Muiz..semua kawan baik Nooraini. Ada juga yang ejek, tetapi ramai kawan layan Nooraini dengan baik.

“Nooraini tinggal dengan tok dan Ummi, Ummi baik..,” katanya.

28 July 2013

PRK: PAS KALAH KERANA TARIKH

Hanafiah Mat

Hanafiah Mat
Pemimpin Pas menganggap kekalahan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut mempunyai kaitan dengan penetapan tarikh pilihan raya yang dibuat pada hari bekerja.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menyebabkan pengundi Kuala Besut yang  berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi.

Mendakwa tarikh yang ditetapkan pada hari Rabu itu seolah-olah telah direncanakan pihak tertentu untuk tidak memberi peluang menang kepada Pas, beliau berkata, pengundi luar seolah-olah disekat untuk pulang mengundi kerana umum mengetahui kebanyakan pengundi tersebut memberi sokongan yang tinggi kepada pembangkang.

“Menteri Besar sendiri mengakui pengundi luar telah memberi kemenangan kepada pembangkang pada PRU13 lalu. Untuk PRK lalu, ada kira-kira 1,400 lagi pengundi yang tidak balik,” 

Menjelaskan permasalahan pengundi luar untuk mengambil cuti, Hanafiah yang juga Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut berkata, pertembungan cuti yang akan diambil pada hari raya menyebabkan cuti mereka tidak mendapat kelulusan.

“Kita juga dapat maklumat ada juga yang dapat cuti tetapi anak mereka pula bersekolah, isteri yang bekerja sebagai guru juga sukar mendapat cuti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya optimis calon Pas menghampiri kemenangan sekiranya tarikh mengundi dibuat pada cuti hujung minggu.

Adun Alor Limbat itu berkata, walaupun Pas mungkin tidak menang sekalipun pengundi luar pulang, sekurang-kurangnya mereka mampu mengurangkan majoriti undi BN di Dun Kuala Besut.

Bagaimanapun katanya, Pas langsung tidak terkejut dengan majoriti undi diperoleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, walaupun jumlahnya meningkat berbanding PRU13 lalu.

“Dengan apa yang dibawa kepada rakyat Kuala Besut, sepatutnya BN memperoleh majoriti yang lebih besar daripada itu tetapi apa yang  berlaku, peningkatan undi hanya berlaku sebanyak 158 undi sahaja.

“Bagi Pas, ia kekalahan yang bermaruah kerana peningkatan itu berlaku sedikit sahaja daripada yang dijangka sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRK Dun Kuala Besut itu juga turut menafikan jangkaan pemimpin Umno sebelum ini yang juga Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mendapat majoriti sebanyak 4,000 undi.

MURTABAK LARIS DI BULAN PUASA


Murtabak laris setiap bulan ramadhan. Rasanya yang enak membuka selera ketika berbuka puasa. Keadaan ini di dibuktikan dengan permintaan rempah martabak sama ada perisa ayam atau daging, meningkat bermula pada Ramadan

Murtabak originated in Yemen, which has sizable Indian population; through Indian traders it has spread back to their home countries, to India and southeast of Asia. The word mutabbaq in Arabic means "folded". The dish referred to as Murtabak is a multi layered pancake that originated in the state of Kerela where the people referred to disparagingly as "mamak's" (or uncle) hail from. The word "mutabar" is the correct name for the particular dish referred to incorrectly as "murtabaq". "Mutabar" is an amalgam of two words, "muta" (being the Kerelite word for egg, a significant component of the dish) and "bar", an abbreviated form of the word barota, or "bratha roti" (the bread the egg is added on to make the dish). The bread base or pancake on which it is then spread over is referred to in Hindi as "pratha roti" or "pratha". (Note the difference in pronunciations, pratha and brata).
There are similar versions of the bread in places as Yemen and other regions of the Arabic world and in Persia. All of these places in the Middle East were visited by Indian traders centuries ago and it would not be unusual for them to have learned from each other or to have adopted each other's culinary habits and practices. However, the word "mutabar" is the correct name for the egg chilli and onion flavoured multi layered pancake.
Peniaga rempah, Syima Mohamad berkata, pada hari biasa, rempah tersebut dijual sekitar 100 kilogram dalam tempoh sebulan kerana peniaga hanya menjual untuk pasar malam dan tidak ramai berniaga menu tersebut.

Namun katanya, kehadiran Ramadan menyebabkan peniaga bertambah, termasuk peniaga yang menjual martabak dan tempiasnya turut dirasai kepada peniaga rempah sepertinya.

“Seorang peniaga biasanya membeli dengan kuantiti yang banyak, ada sehingga 40 kilogram seorang. Sebab itu, sebelum Ramadan lagi, kami akan pastikan bekalan rempah terutama martabak mencukupi,” katanya yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang, di sini.

Syima berkata, berdasarkan pengalaman tahun sebelum, rempah martabak terjual sekitar lebih 400 kilogram, iaitu tiga kali ganda berbanding hari biasa.

ABE NOR DIJANGKA BERJALAN KAKI KE PUTRAJAYA 18 OGOS INI.


Abe Nor atau nama sebenar Mohd Noor Mat, 47 seorang pekerja Yayasan Islam Terengganu Cawangan Besut akan akan berjalan berjalan kaki dari Kuala Besut hingga ke Putrajaya.



Jarak tersebut ialah lebih 680 kilometer. Abe Nor dijangkan membuat perjalanan itu pada 18 Ogos depan dan dan dijangka mengambil masa 12 hari.

Beliau yang bernazar untuk melakukan perkara tersebut setelah kemenangan BN mengekalkan kerusi di PRK Kuala Besut pada 24 Julai lalu. Sebelum ini beliau pernah berjalan dari Kemaman hingga ke Besut sejauh 400 kilometer hanya dalam masa 4 hari sahaja.

Semoga berjaya Abe Nor.

26 July 2013

YB Baru K.Besut Mula Jalankan Tugas

Hari Pertama Sebagai YB, Tengku Zaihan Jumpa Orang Ramai Di Pasar Kuala Besut


Selepas dua belas jam bergelar Yang Berhormat, Tengku Zaihan Che Ku Rahman,37, turun padang dengan memilih lawatan ke Pasar Kuala Besut, untuk menemui rakyat dan membeli belah.

Tengku Zaihan ditemani isterinya,Salbiah Othman,34, keluar dengan sebuah kenderaan dan bergegas ke pasar berkenaan yang menjadi tugas pertama selepas bergelar wakil rakyat.

Tengku Zaihan mewakili Barisan Nasional (BN) yang diumumkan pemenang dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon Pas, Endut @ Azlan Yusof memulakan tugas pertamanya berjumpa penyokong di pasar berkenaan.

Sebaik tiba di pasar itu beliau dan isteri beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga yang menjalankan perniagaan di situ.

Katanya,walaupun masih dalam keadaan penat dan tidak cukup tidur beliau berusaha sedaya upaya untuk menemui penyokong selepas diumumkan sebagai wakil rakyat malam semalam.

“Selepas ini saya akan menziarah seorang penduduk di Kampung Gong Nering,Kuala Besut yang dilaporkan meninggal dunia malam tadi,” katanya ketika di temui.

Mengulas kejayaan dipilih menjadi wakil rakyat beliau berkata, ia berkat sokongan dan kesungguhan jentera parti selain pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Saya nak ucap terima kasih kepada semua pemimpin BN yang turun padang membantu saya ketika kempen pilihan raya selama 12 hari,” katanya.

Tengku Zaihan juga puas hati sokongan golongan muda yang turut membantu beliau mencapai kejayaan pada PRK Dun Kuala Besut itu.

Malah,manjoriti tambahan yang diperolehinya juga hasil sokongan golongan berkenaan selain serta keluarganya yang sebelum ini memihak kepada pembangkang.

Teganuku

3 Faktor Kemenangan BN di PRK Kuala Besut

PRK Dun Kuala Besut
KUALA BESUT - Menepati ramalan awal pemerhati politik sebelum ini Barisan Nasional (BN) ternyata tidak menghadapi banyak masalah untuk mempertahankan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

Kemenangan dengan majoriti 2,592 undi jelas menggambarkan Kuala Besut dalam Parlimen Besut masih lagi kubu kuat BN sebagaimana pencapaian cemerlang yang dicatatkan BN sejak 2004 dalam mempertahankan Dun Kuala Besut.

Kempen 12 hari sejak 12 Julai lalu yang berlangsung pada bulan Ramadan tidak sedikitpun melemahkan jentera pilihan raya BN, bukan sahaja dari Terengganu malah juga seluruh negara.

Penganalisis politik dari Pusat Pembangunan Sosial Ekonomi Universiti Malaysia Terengganu Prof Dr Ibrahim Mamat berkata kemenangan BN memang sudah dijangka awal-awal lagi iaitu sejak BN mengumumkan secara rasmi nama calonnya pada 9 Julai lalu seorang jurutera muda Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, untuk menggalas tanggungjawab itu.

Katanya walaupun sebagai calon muda dan tidak mempunyai banyak sumbangan kepada parti sebelum ini, namun ia tidak menghalang Tengku Zaihan meraih sokongan pengundi di Kuala Besut sama ada pengundi golongan tua, pertengahan mahupun muda.

"Dia calon muda, mungkin jasanya belum banyak kepada parti, namun Tengku Zaihan dilihat sebagai pemimpin pelapis kepada BN di Terengganu pada masa hadapan," katanya yang turut berada di Kuala Besut untuk melihat dengan lebih dekat kempen PRK Kuala Besut kali ini.

Turut menyumbang kepada kemenangan BN adalah kekuatan jentera BN yang diakui lebih kemas dan teratur selain bantuan kempen daripada pemimpin-pemimpin BN dari peringkat pusat.

Katanya pada PRK ini, yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah PRK Kuala Besut, BN berjaya menggunakan strategi mendekati pengundi secara peribadi sesuai dengan suasana kempen pada bulan Ramadan.

"BN berjaya dengan strategi mendekatkan BN di hati pengundi dan tidak dinafikan sentuhan BN pada kempen bulan Ramadan ini lebih berkesan," katanya.

Pada PRK Kuala Besut kali ini BN menggunakan slogan 'Kuala Besut Bertambah Biru' yang diketuai Muhyiddin dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh selaku timbalan pengarah PRK untuk kempen selama 12 hari.

Prof Ibrahim berkata BN jelas lebih memahami keperluan penduduk di Kuala Besut berbanding Pas apabila menggunakan PRK ini untuk mengumumkan beberapa projek pembangunan yang selari dengan kehendak semasa penduduk Kuala Besut.

Katanya projek mendalamkan muara Sungai Besut dan pembinaan benteng pemecah ombak bernilai RM250 juta serta rancangan menjadikan Kuala Besut sebagai Gerbang Pelancongan Antarabangsa berjaya menarik perhatian pengundi bukan sahaja dari kalangan nelayan malah juga pengundi muda yang dahagakan peluang pekerjaan.

"Janji BN kali ini memang besar dan politik pembangunan memang masih lagi sesuai dengan Kuala Besut yang masih memerlukan kemajuan khasnya dari segi ekonomi," katanya.

Sementara itu, katanya, Pas dengan moto '16-16 Terengganu Baru' yang diketuai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Datuk Husam Musa gagal meyakinkan pengundi di Kuala Besut untuk memberikan sokongan kepada parti itu.

Katanya walaupun Pas turut menggunakan pendekatan mendekati pengundi namun pada beberapa ceramah perdananya Pas langsung tidak menjelaskan apa rancangan mereka untuk Kuala Besut dan Terengganu.

"Pas lebih banyak mengupas isu-isu seperti isu tanah, royalti dan pimpinan kerajaan BN di Terengganu dan tidakpun membuat sebarang janji atau rancangan pembangunan," katanya.

Prof Ibrahim turut menjelaskan faktor Idris turut memainkan peranan yang besar kepada kemenangan BN di Kuala Besut.

Katanya tidak dapat dinafikan orang di Kuala Besut yang banyak terhutang budi kepada BN memang masih lagi sayangkan "Tok Yeh" (Idris Jusoh) dan ia turut menyumbang kepada kemenangan BN di kesemua lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Dengan kemenangan Tengku Zaihan semalam BN mengukuhkan kembali kedudukannya di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 sebagaimana yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu sekaligus menafikan hasrat Pas untuk mencipta sejarah kedudukan 16-16 kerusi Dun di negeri ini.

Kerusi Dun Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, Dr A.Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah Pas Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. - Bernama

Cerita Ramadhan: Terawih Terakhir

Sambutan Aidilfitri kali ini pasti lebih hiba buat seorang isteri apabila kehilangan suami tersayang selepas pasangan itu terbabit dalam kemalangan ngeri dekat sini pagi semalam.

Mangsa, Esah Abdullah, 63, terselamat sebaik berjaya dikeluarkan daripada keretanya yang ‘penyek’ selepas kenderaan dinaiki bersama suaminya, Mohamed Hassan, 68, berlanggar dengan sebuah lori pasir di Kilometer 15.5 Jalan Paka Al Muktfibillah Shah, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, pasangan peneroka Felda itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Al Mukhtafi Billah Shah menuju ke Ketengah Jaya.

Sampai di lokasi, kereta Proton Saga dipandu Mohamed dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori pasir dari arah Paka.

Akibatnya, kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapan manakala tayar hadapan lori terbabit difahamkan tercabut akibat rempuhan yang kuat dari arah bertentangan itu.

Mohamed yang berjaya dikeluarkan orang awam selepas tersepit di tempat duduk pemandu bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas cedera parah di paha dan anggota badan lain.

Menurut anak lelaki arwah, Adnan Mohamed, 30, yang ditemui ketika menuntut mayat mangsa berkata, ketika kejadian, ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan dari ladang sawitnya di Sungai Apu ke satu lagi ladang milik mereka di Felda Ketengah Jaya.

Adnan berkata, dia mendapat tahu berita menimpa ibu dan bapanya itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang kakaknya yang tinggal di Kemaman.

Katanya, sebaik mendapat berita buruk itu, dia bergegas ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya untuk melihat keadaan ibunya, Esah yang hanya cedera ringan.

Namun sebaik sampai di situ dia dimaklumkan bapanya dikejarkan ke Hospital Dungun kerana mengalami kecederaan teruk.

“Selepas menjenguk ibu, saya terus bergegas ke Hospital Dungun untuk mengetahui nasib ayah.
"Namun sebelum sampai di hospital, saya dimaklumkan ayah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Mengimbas kembali kenangan bersama arwah, Adnan berkata, pada malam sebelum kejadian, sebaik selesai solat terawih, dia sempat bertemu arwah bapanya itu di rumahnya di Felda Kerteh Enam.
Kata Adnan, pada malam itu, arwah bapanya kelihatan ceria, cuma arwah dikatakan ada meluahkan hasratnya untuk melakukan ibadah korban pada hari raya haji nanti.

“Semalam adalah solat terawih terakhir baginya.

"Saya tak sangka dia akan pergi buat selama-lamanya hari ini sebab tiada sebarang perubahan ditunjukkan ketika kami bersama di rumah,” katanya.

Bagaimanapun Esah yang ditemui di Hospital Dungun tidak dapat menceritakan apa-apa berkaitan kejadian tersebut kerana masih trauma dengan tragedi itu.

Mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Felda Kerteh Enam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihak polis.


Sinar Harian

Cerita selepas PRK: Abe Nor VS Damia Izara

damia
Trend membuat cabaran hebat-hebat di facebook yang bermula dengan nama Johari Pain dulu kembali.

Kali ini seorang pengguna FB dengan nama Damia Izara pula membuat janji untuk bogel keliling Kuala Besut andai Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di sana.
Well…semua dah tahu bahawa BN bukan sahaja menang, tetapi majoriti juga bertambah.
Jadi persoalannya apakah Damia akan berbogel sekarang? Atau seperti biasa status seperti itu cuma untuk publisiti murahan.
Sebelum itu, penulis nak mintak la…kalau Damia ni memang seorang awek yang cun..oklah… Kuala Besut akan kembali meriah dan sewa rumah serta hotel akan meningkat lebih mahal lagi berbanding masa PRK menjelang hari Damia mahu berarak bogel.
Namun, kalau Damia ini akaun palsu milik Ah Beng cybertrooper DAP… takpelah… janji Ah Beng tidak perlu ditunaikan! Mahu ramai yang terbatal puasa pasal muntah hijau nanti.
** Dengar kata ada sorang nama Zul Nas pun buat cabaran yang sama….takpelah…kalau yang dah sah jantan…tak perlu ulas lanjut.
Sesiapa nak tengok 'Orang gila' berbogel keliling Kuala Besut jom lha, bukan dipaksa dah memang kehendak orang gila.
Contohi Abe Nor yang semangat kental dan Sokong BN dan sanggup bernazar jika BN menang di Kuala Besut yang mahu berjalan kaki dari dataran Kuala Besut ke Putrajaya. Abe Nor pernah mencatat sejarah berjalan kaki mengelilingi Terengganu pada suatu ketika dulu.

ikuti cerita mengenai Abe Nor
“SAYA bernazar kerana sokongan saya terhadap Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Berjalan kaki bukan perkara yang mudah dan memerlukan stamina yang tinggi tapi saya telah bersedia, saya yakin saya mampu berjalan dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya dalam masa beberapa hari”
Demikian kata-kata Mohd Noor Bin Mat yang telah bernazar sekiranya BN memenangi pilihanraya kacil dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, beliau akan berjalan kaki dari Dataran Kuala Besut ke Putra Jaya seterusnya menyimpan niat untuk bertemu muka dengan Perdana Menteri.
Kini beliau sedang giat berlatih bagi menghadapi perjalanan lebih kurang  563km itu. Setiap petang beliau akan “berjalan itik” sejauh lebih kurang 2km  bagi memantapkan stamina.
“Saya  bukan nak cari penyakit kerana Dun Kuala Besut adalah kubu kuat Barisan Nasional dan kemungkinan besar akan memenangi pilihanraya ini tapi saya tekad untuk  berjalan kerana cinta saya pada parti”
Menurut Mohd Noor lagi,jika Barisan Nasional memenangi Dun Kuala Besut  beliau akan mula berjalan selepas hari raya nanti. Sehingga kini  telah ada  individu yang menaja beberapa helai baju dan sepasang kasut.
“Sebenarnya saya memerlukan sepasang pakaian sehari dan sepasang kasut sehari,ini kerana kasut ini biasanya akan rosak teruk selepas berjalan sejauh itu”
Mohd Noor mengatakan beliau berkemungkinan akan berjalan sejauh 100km sehari dari jam 7.30 pagi sehingga 7 .00 malam bergantung kepada cuaca. Beliau hanya akan berhenti solat dan makan seketika.
abenoor

25 July 2013

PAS KALAH DI PRK KUALA BESUT, HUSAM MUSA DAH BOLEH BERSARA!!!


Ekoran PAS tewas di PRK DUN Kuala Besut, Pengarah Pilihanraya PAS di PRK Kuala Besut dah boleh bersara. Husam Musa yang juga tewas di Parlimen Putrajaya pada PRU-13 yang lalu kepada calon BN Datuk Adnan Tengku Mansor dengan majoriti 5,541. Husam juga sudah tidak dapat tempat di Kelantan.
Nampaknya Husam Musa sudah tiada tempat dalam PAS.

Che Long Tak perlu Cari Orang Gaji..

Dipetik dari blog rakan semut hitam, che long boleh berniaga seperti biasa, tak perlu cari orang gaji untuk jalankan kerja wakil rakyat. boleh la cari makan jadi saudagar kayu.

CALON PAS BOLEH TERUS BERNIAGA, TAK PERLU CARI ORANG GAJI!!!


Memang itulah hasrat calon PAS ni sejak dari mula kempen Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut bermula. Dia bukannya nak sangat jadi wakil rakyat.

Tapi, sebaliknya dia lebih mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan dia. Jika dapat jadi wakil rakyat pun, dia akan ambik orang gaji untuk ganti tempat dia.

Jadi, sekarang ni dah pukul 10.15 malam. SPR kata paling awal keputusan akan diumum pada jam 10 malam untuk menghormati bulan Ramadhan.

SPR pun ambik berat pasal amalan umat Islam dalam bulan Ramadhan ek? Ingatkan orang SPR ni semuanya tak de hati perut macam yang dituduh oleh puak - puak Pakatan tu.

Sama ada korang dah dapat berita mengenai keputusan PRK Kuala Besut tu atau pun tidak, SH nak kongsikan jugak kedudukan semasa mengenai keputusan tersebut.

BN sudah menang, Tengku Zaihan akan jadi wakil rakyat. apa pun tahniah buat jentera BN yang bekerja keras demi memberi kemenangan kepada BN.

DUN KUALA BESUT SAH MILIK BN

tg zaihan menang


BN mempertahankankerusi DUN Kuala Besut dalam pilihan raya kecil hari ini dengan meraih majoriti yang lebih besar iaitu 2,592 undi.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN dengan menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, memperolehi
[8288 ] undi menewaskan calon PAS, Endut@AzlanYusof, 48, dengan [ 5956] undi.

Berlaku pertambahan majoriti sebanyak 158 undi, walaupun jumlah keluar mengundi merosot kepada 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di DUN berkenaan.

Pada PRU 13, jumlah keluar mengundi sebanyak 87 peratus.
Pada pilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua lapan peti undi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlahitutermasuk 13,188 pengundi biasa, 911 pengundi awal dan sembilan orang pengundi pos.

Dalam PRU 13, Mei lalu, pengundi DUN Kuala Besutmemberi 8,809 undi kepada arwah Dr. A. Rahman Mokhtar dan memberi 6,375 undi kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Besut, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434.

Keputusan rasmi PRK itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh di Kompleks RakanMuda Besut, sebentar tadi.

Calon BN meraikan kemenangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri MuhyiddinYassin; Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Pengumuman kemenangan Tengku Zaihan calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.

Kuala Besut yang terkenal dengan perkampungan nelayan mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Menurut rekod PRU-12 (2008), jumlah majoriti yang dimenangi A. Rahman itu sedikit merosot berbanding 2,631 undi apabila mendapat sebanyak 7,123 undi manakala calon Pas, Nik Zawawi Salleh hanya memperoleh 4,492 undi.

Pada PRU-11 (2004); calon BN, Abdullah Che Muda juga menang dengan majoriti 2,027 undi tetapi seorang lagi calon BN, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman kalah kepada calon Pas dengan perbezaan 487 undi pada PRU-10 (1999).

Keputusan penuh PDM Peti Undi (TidakRasmi)

Pulau perhentian – BN 454 / PAS 179 Maj. 275

Seberang barat – BN 805 / PAS 452 maj. 353

Kg. Nail – BN 822 / PAS 523 maj. 299

Seb. Barat luar – BN 1590 / PAS 821 maj. 769

Toksaboh – BN 1534 / PAS 959 maj. 575

Kg. Nangka – BN 524 / 510 maj. 14

Kg. Baru – BN 1006 / PAS 979 maj. 27

Bkt. Puteri – BN 967 / PAS 946 maj. 21

Undiawal – BN 582 / PAS 319 maj. 263

Undipos – BN 9 / PAS 0 maj. 9
BN MENANG DENGAN MAJORITI 2605 UNDI

24 July 2013

BONUS RAYA





Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

KEPUTUSAN TIDAK RASMI, KUALA BESUT MILIK BN

Seperti dijangkakan PRK DUN Kuala Besut kekal milik BN. Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN hampir pasti memperolehi kemenangan selesa berbanding keputusan PRU-13 yang lalu.
Keputusan  rasmi ialah 2,601 undi melebihi majoriti kemenangan 2,434 undi yang diperolehi BN pada PRU-13. BN menang di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dimana PDM Bukit Puteri dan PDM Kg Nangka yang tewas pada PRU 13 yang lalu berjaya dirampas BN.

Jumalah peratusan keluar mengundi tidak sampai 80%, namun ia satu keputusan yang memberasangkan oleh parti BN. Pengundi di Kuala Besut bijak dalam memilih parti yang boleh memberi pembangunan dan membela rakyat.

Live PRK N01 Kuala Besut

Che Long Sugul, PAS dijangka Kalah PRK



Tinjauan BPO pada hari pengundian mendapati Che Long kelihatan sugul jika dibandingkan dengan Calon BN Tengku Zaihan. Tengku Zaihan serta isteri ditemani penyokong kelihatan bersemangat dan ceria. Ia memberi petanda BN akan menang PRK ini. Che Long kelihatan letih dan sugul apabila mengetahui belia akan kalah. Raut wajah Calon PAS Mungkin calon Pas itu sudah merasakan bahawa dia sedang berdepan dengan kekalahan.


Di Pulau Perhentian, BN mendahului Parti PAS berdasarkan bacaan sikap pengundi setakat jam 10.00 hari tadi. Dilaporkan setakat pukul 10 pagi jumlah peratusan keluar mengundi di Pulau Perhentian sudah menjangkau 60%. Jumlah pengundi di Pulau Perhentian adalah seramai 733 orang. Turut hadir untuk meninjau perjalanan Proses pengundian adalah MB Terengganu Dato' Ahmad Said. MB Terengganu tiba jam 10.50 pg td.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah keluar mengundi setakat jam 10 pagi cukup tinggi.

CHE LONG MENYESAL JADI CALON PAS DI PRK KUALA BESUT

Che Long menyesal menjadi calon Pas PRK Kuala Besut gara-gara sikap pemimpin PAS yang mahu menipu beliau. PAS hanya mengambil kesempatan diatas harta kekayaan yang di milikinya.
Kandungan SMS tersebut membuktikan segalanya.


Tambahan pula sikap PAS terengganu yang tidak seolah-olah memboikot Che Long gara-gara perlantikan Husam Musa sebagai pengarah pilihanraya kecil N01 Kuala Besut. Apa dah jadi ni? Adakah PAS Terengganu sudah tidak mampu untuk mengurus PRK Kuala Besut sehingga disisihkan.

Bekas Calon yang dikalah PRU lepas juga iaitu Napisah Ismail dilaporkan tidak membantu Endut@Azlan yang lebih popular dipanggil Che Long. Dikhabarkan keluarga bekas calon juga tidak akan keluar mengundi che long, gara-gara membalas dengan apa yang dibuat che long semasa PRU lepas. Setakat mana benarnya penduduk kampung mereka sahaja yang tahu. apa pun nasihat teman jangan lah sesama agama pun nak bertelagah apatah lagi di bulan Ramadahan

23 July 2013

17 PERKARA tentang calon PAS PRK DUN Kuala Besut

17 PERKARA tentang calon PAS PRK DUN Kuala Besut, Che Long yang terdedah.
1) Senarai syarikat kepunyaan Che Long :
a. Maxxifon (KT0202224)
b. Robihah Sdn. Bhd. (522105)
c. Tayar & Auto MMC (TR0042227)
d. Walit Jewellery Sdn. Bhd
2) Che Long melalui syarikat Robihah Sdn. Bhd pernah menerima projek dari JKR di bawah KESEDAR bernilai RM 3.7 juta pada tahun 2002.
3) Sebelum terlibat dengan PAS, Che Long adalah ahli UMNO di cawangan Kg Gong Nering dalam PDM Kampung Baru di DUN Kuala Besut.
4) Mula terlibat dengan pergerakan PAS setelah mendapat projek balak di Kelantan melalui Husam Musa. Sokongan terhadap Husam jelas apabila Che Long dikatakan membawa penyokongnya ke Putrajaya ketika Husam dicalonkan pada PRU-13.
5) Dikatakan perletakkan Che Long sebagai calon di sana adalah aturan Husam yang berkehendakkan calon terdiri daripada kroninya sendiri. Penyokong PAS di kawasan Kuala Besut mengharapkan calon dari kalangan ulama’.
6) Husam juga telah cantas YB Satiful Bahri yang pada awalnya telah diumumkan untuk mengepalai kempen PAS di Kuala Besut kali ini.
7) Kempen dari PAS pada PRK kali ini telah didominasi oleh jentera dari Kelantan dan sebahagian jentera PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan tertinggi PAS.
8) Kempen kali ini diboikot oleh sayap-sayap ulama dan wanita parti dalam isu pemilihan calon.
9) Sayap ulama memboikot kerana Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Nik Zawawi tidak dipilih.
10) Bagi sayap wanita pula, mereka tidak berpuas hati dengan pemilihan kali ini kerana calon mereka yang tewas pada PRU 13 yang dahulu, Napisah Ismail tidak dicalonkan walaupun berjaya meningkatkan jumlah majoriti PAS berbanding 2008.
11) Sementara Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sdbagai Pengarah Pilihanraya) kerana Besut berada dalam negeri itu, tidak kelihatan sudah banyak malam
12) Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada PAS Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut.
13) Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK DUN Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri.
14) Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS.
15) Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan.
16) Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu.
17) Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengeluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun.
Tambahan
18) saman yang tertunggak tu bila nak bayar?