6 January 2014

Pesawat terhempas,seorang terkorban, dua cedera

DENVER: Seorang maut dan dua lagi mengalami kecederaan apabila sebuah pesawat terhempas di Lapangan Terbang Aspek hari ini, kata pihak berkuasa Colorado. 

Tiga orang berada dalam kapal terbang terbabit. Seorang daripada mangsa yang terselamat tidak mengalami kecederaan serius. 



Gambar Hiasan

Jurucakap Hospital Aspen Valley, Ginny Dyche berkata, dua pesakit yang dimasukkan ke hospital berkenaan terbabit dalam nahas itu. 


Sementara itu, jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Allen Kenitzer berkata, pesawat terbabit ialah jenis Bombardier Challenger 600 iaitu jet peribadi bersaiz sederhana. - AP 


No comments:

Post a Comment