Gampar!! penemuan fosil tumbuhan kuno di Hulu Besut
Fosil tumbuhan kuno luar biasa yang dianggarkan berusia antara 270 hingga 350 juta tahun ditemui sekumpulan pengkaji bumi di satu kawasan bukit berhampiran projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut.
Penemuan serpihan fosil tumbuhan kuno yang direkodkan setakat ini ialah daripada tujuh genus membabitkan bahagian daun, bunga, akar, buah dan batang yang terawet di bumi Paya Peda sedalam kira-kira 150 meter sebelum ditemui baru-baru ini.
Empangan Paya Peda Dalam Pembinaan
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Datuk Yunus Abd Razak yang menganggapnya sebagai kejayaan istimewa, berkata penemuan itu adalah satu sejarah baharu yang amat penting kerana ia dapat menentukan usia negara ini di samping kaitannya dengan kewujudan negara di Asia sebelumnya.
Penemuan yang begitu penting kepada ahli geologi di Malaysia itu menunjukkan bukti kukuh bahawa sebahagian timur Semenanjung Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Selatan China dahulunya adalah satu benua dinamakan Cathaysian.
Jelasnya, fosil tumbuhan kuno itu mula ditemui oleh seorang pembantu jurutera kaji tanah sebuah syarikat perunding yang melakukan kerja tanah di tapak Ampangan Paya Peda pada awal 2012 sebelum beliau melaporkannya kepada JMG.
Antara genus yang ditemui setakat ini ialah jenis dedaun yang dikenali dengan nama saintifiknya Pecopteris, Tinggia, Lepidodendron, Sigillaria, Sphenophyllum, Neurotepris dan Cordaites selain bahagian bunga atau organ pembiakan dikenali sebagai Lepidostrobos, bahagian akar (Stigmaria) dan batang (Artisia horizontallis).
Sehingga kini Terengganu merekodkan 23 lokasi sebagai sumber warisan geologi di mana dua daripadanya diberikan penataran luar biasa iaitu di Bukit Keluang dan Bukit Bewah tetapi penemuan di Paya Peda lebih istemewa kerana wujudnya kepelbagaian genus fosil tumbuhannya.
Berbanding dengan beberapa kawasan lain yang pernah ditemui fosil tumbuhan kuno sebelum ini seperti di Gunung Panti, Johor, Gunung Gagau, di sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang, fosil yang terdapat di Paya Peda dianggap yang asli kerana ia tumbuh dan berasal dari kawasan itu dan bukan dipindahkan dari tempat lain....baca lagi
Berbanding dengan beberapa kawasan lain yang pernah ditemui fosil tumbuhan kuno sebelum ini seperti di Gunung Panti, Johor, Gunung Gagau, di sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang, fosil yang terdapat di Paya Peda dianggap yang asli kerana ia tumbuh dan berasal dari kawasan itu dan bukan dipindahkan dari tempat lain....baca lagi
No comments:
Post a Comment