Besut bakal menjadi pusat perkembangan ilmu terulung di negeri ini selepas dua institusi pengajian tinggi (IPT) bakal beroperasi bermula Mei ini.
Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebuah kolej komuniti akan beroperasi selewat-lewatnya Mei ini yang akan menawarkan kursus berteraskan teknologi maklumat dan komputer animasi.
Beliau yang juga merupakan Menteri Pendidikan Kedua berkata, kolej tersebut akan beroperasi di Bangunan Umno Bahagian Besut dekat Jertih dengan pengambilan pertama seramai 40 orang dan akan ditambah secara berperingkat-peringkat.
“Kolej tersebut menawarkan pengajian di peringkat sijil dan memberi peluang kepada lepasan sekolah mengikuti kursus yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran kerja.
“Pembukaan kolej ini akan melengkapkan lagi pelbagai institusi pendidikan di daerah ini selain Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang sudah beroperasi di Tembila dan Institut Pendidikan Guru kampus Sultan Mizan,” katanya.
Menurutnya, selain kolej komuniti, sebuah politeknik dirancang akan dibuka di daerah ini dan lokasi sesuai sedang dibuat kajian.
“Apabila Unisza di Tembila ini beroperasi sepenuhnya dan semua institusi pengajian tersebut dibuka, penduduk di daerah Besut dijangka akan meningkat sehingga mencecah 100,000 orang.
SUMBER
No comments:
Post a Comment