EKORAN kejayaan telefilem pertama bagi drama bersiri bercorak pendidikan, Oh My English! menerusi Oh My Ganu, Astro membawakan Oh My English! Hello America sebagai pembuka tirai 2014.
Telefilem yang menjalani penggambaran di Amerika Syarikat (AS) itu bakal menemui penonton pada 15 Januari ini.
“Buat pertama kalinya, produksi Oh My English! berpeluang menjalani penggambaran di AS hasil daripada penganugerahan oleh Jabatan Negara AS dan kedutaan AS di Malaysia.
“Di samping hiburan yang dihidangkan, penonton juga akan dapat memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris melalui program ini,” kata Astro dalam satu kenyataan.
Oh My English! Hello Amerika menyaksikan pengalaman para pelajar Sekolah Menengah Ayer Dalam yang berjaya memenangi pertandingan filem pendek dan mendapat pakej lawatan ke AS.
Pengembaraan bersama guru-guru sekolah itu membawa mereka ke beberapa lokasi menarik di kota New York serta lawatan ke sebuah sekolah menengah di sana.
Sebelum ini, Oh My Ganu berjaya mendapat sambutan menggalakkan apabila mendapat 1.1 juta tontonan pada hari tayangan perdana dan berada di kedudukan pertama topik ikutan di laman Twitter di Malaysia.
Antara barisan pelakon yang membintangi telefilem ini adalah Aaron Aziz (Cikgu Malik), Zain Saidin (Henry Middleton), Tiz Zaqyah (Cikgu Ayu), Izara Aishah (Azlin), Harun Salim Bachik (Encik Mohd Salleh) dan ramai lagi.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment