30 June 2014

PM ajak rakyat doakan Presiden PAS cepat sembuh

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat mendoakan supaya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang segera sembuh supaya dapat menyambut Ramadan bersama keluarga.
Perdana Menteri melalui status terkini akaun Facebook dan Twitter memberitahu sempat meluangkan masa menziarahi Ahli Parlimen Marang itu di Institut Jantung Negara (IJN) tengah hari semalam.
Beliau turut berharap supaya Abdul Hadi yang kini menjalani pemeriksaan perubatan susulan pulih segera.
Kemesraan kedua-dua pemimpin berkenaan terserlah melalui gambar yang dimuat naik Najib.

“Alhamdulillah, kesihatan beliau bertambah baik. Marilah kita doakan agar Datuk Seri Hadi segera sembuh agar dapat beliau menyambut Ramadan bersama keluarga,” kata beliau.

Abdul Hadi ketika ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di IJN selepas mengadu sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.
Sumber

No comments:

Post a Comment