15 June 2014

Ada lagi kena tertipu...

Aduhai rakyat Malaysia, mudah sangat ditipu...
Seorang pesara kerajaan mendakwa kerugian RM93,050 diperdaya seorang rakan yang dikenali menerusi laman sosial.
Foto
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Habsah, 59, pada mulanya meminta bantuan rakan dikenali sejak lebih setahun lalu itu untuk menolong seorang rakannya yang muflis. 
Habsah yang berasal dari bandar raya ini menyedari dirinya tertipu selepas beberapa kali diminta memasukkan sejumlah wang dalam tempoh Januari sehingga Jun bagi mendapatkan bantuan kewangan sebanyak RM300,000 melalui kaedah lelongan bangunan. 

Menurutnya, dia mengenali rakannya itu sebagai Gabriel Alexander berusia 50-an melalui e-mel dan turut berhubung melalui WhatsApp dan laman sosial Facebook serta pernah beberapa kali berjumpa.
“Saya ada menerima beberapa mesej melalui WhatsApp daripada dia yang bersetuju membantu dan meminta berurusan menerusi seorang lagi rakannya yang bekerja di syarikat perkhidmatan kurier dikenali sebagai Jonas Martin.

“Dia (Gabriel) memberitahu wang akan dihantar menerusi kiriman bungkusan dan selang dua hari berikutnya, saya dihubungi Martin memaklumkan berkenaan kiriman. 

“Saya sangat terkejut apabila dimaklumkan bungkusan dihantar itu sebenarnya berjumlah AS$300,000 (RM963,000) dan dia meminta saya menjelaskan beberapa bayaran termasuk cukai kastam berjumlah RM2,550,” katanya. 

Habsah berkata, walaupun pada mulanya dia agak musykil dengan jumlah dikirim rakannya itu, namun dia tetap membayar beberapa bayaran yang diminta kerana sangat mempercayai rakannya itu kerana pernah beberapa kali bertemu dan selalu berhubung. 
myMetro

No comments:

Post a Comment